Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


KEZALIMAN ISRAEL :PMIUPM sokong gesaan mengumpul bukti.

Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Putra Malaysia (PMIUPM) menyokong penuh gesaan terhadap PBB supaya mengumpulkan bukti-bukti kezaliman Israel. Sememangnya banyak bukti dan fakta yang menunjukkan kezaliman Israel setelah sekian lama tercetusnya pergolakan Asia-Barat itu.

Yang Di-Pertua Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Putra Malaysia (PMIUPM), Misri Haji Bohari berkata, kezaliman Israel memang telah lama terbukti akan tetapi bukti itu sengaja dilenyapkan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab dan takut dengan ancaman Israel.

"Mahasiswa mahukan supaya bukti yang telah dikumpul disusuli tindakan sewajarnya yang perlu diambil oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu melalui Mahkamah Jenayah Antarabangsa untuk menghukum pimpinan negara haram itu yang menjadi punca terhadap kezaliman yang dilakukan terhadap rakyat Palestin serta boleh dikategorikan sebagai jenayah perang." tegas beliau lagi ketika ditemui di Perpustakaan PMIUPM.

Menurutnya lagi, mahasiswa khuatir kerana kadang-kadang usaha seumpama ini disekat atau bertujuan untuk mengelirukan serta menyejukkan perasaan umat Islam sahaja dan berakhir dengan tanda tanya tanpa tindakan.

"Umat Islam jangan terus mengharap dengan usaha ini sahaja malah terus memberikan sokongan yang padu terhadap pejuang-pejuang Palestin serta memboikot mana-mana barangan yang memberi sumbangan ekonomi kepada Israel," katanya lagi.

MISRI HAJI BOHARI
Presiden
Persatuan Mahasiswa Islam UPM (PMIUPM)


        
Ke atas  Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 17 Mac 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranungdaily.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com