Pada Hari Raya ini banyak perbualan politik yang timbul bila saudara mara
bertemu. Yang terbaru dan gigih dihujahkan oleh pembodek Maha(khin)zir adalah
konsep rumah warisan. UMNO disamakan dengan RUMAH WARISAN nenek moyang orang
melayu. Jadi persoalannya ‘Adakah kita sanggup membakar RUMAH WARISAN kita?’
Terkejut juga saya sejenak bagaimana nak menjawab ni.
Muncul satu idea yang mana berkait rapat dengan program yang saya minati iaitu
National Geographic Explorer. Hujah saya berkait dengan Serengeti Park, Okavango
Valley/Delta dan African Savanna dibenua Afrika. Dikawasan ini penuh dengan
binatang liar dan tumbuhan yang hidup bebas semula jadi dimana sebahagian masa
dalam setahun akan mewah dengan hujan yang menyebabkan tumbuhan, buah-buahan,
bunga segar dan dimakan dengan enak oleh binatang besar seperti gajah, rusa;
insect seperti ulat; dsbnya. Kemudian pada satu ketika, kemarau akan terjadi dan
rumput menjadi kering, pokok akan mati dsbnya. Pada ketika ini, semua binatang
seperti ular, biawak, babi, singa tahu bahawa sesuatu yang semulajadi akan
berlaku. Mereka menerima hakikat ini, dan dengan cara ini sajalah tumbuhan baru
akan muncul dan kehidupan akan segar semula. Kebakaran akan terjadi akibat
panahan petir pada ketika panas terik dan ini adalah finomena semulajadi ciptaan
Allah. Samada binatang ini suka atau tidak kebakaran !
ini memberi nafas baru pada keadaan yang sudah tenat dan mencerut semua yang
hidup.
Moralnya, kita sanggup bakar atau tidak rumah warisan, kejadian semulajadi akan
mengambil alih apabila keadaannya sesuai.
Wild54
14Mac01.