Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


YPU anjur Pameran Minggu Pendidikan

KUALA TERENGGANU: Yayasan Pembanguan Usahawan (YPU) menjadikan Pusat Dagangan Terengganu (TTC) di Padang Hiliran di sini sebagai lokasi penganjuran Minggu Pendidikan dan Bimbingan Kerjaya Pantai Timur pada 1 hingga 5 Mac ini. Pengurus Besas YPU, Haji Wan Nawawi Ismail berkata, Minggu Pendidikan dan Bimbingan Kerjaya Pantai Timur yang dianjurkan oleh yayasan itu dengan kerjasama Universiti Institut Teknologi Malaysia (UiTM) merupakan pameran pendidikan serta bimbingan kerjaya terbesar dan julung-julung kali diadakan di Pantai Timur.

Katanya, majlis yang dikendalikan oleh Edu-Care ‘2001 itu memberi peluang kepada Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Intitut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) serta agensi pendidikan lain memasarkan produk masing-masing kepada masyarakat Pantai Timur. Beliau berkata demikian ketika membuat satu kenyataan akhbar berhubung dengan perkara tersebut di sini baru-baru ini.

Menurutnya, Edu-Care ‘2001 juga memberi peluang kepada ibu bapa dan pelajar dari Negeri Terengganu, Pahang dan Kelantan mendapat manfaat mengenai maklumat-maklumat peluang pendidikan tinggi, latihan dan bimbingan kerjaya serta maklumat mengenai sumber pembiayaan pendidikan. Menurutnya statistik menunjukkan daripada 10 permohonan ke Unit Pusat Universiti (UPU) di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia untuk mendapat tempat di IPTA, hanya dua orang sahaja yang berjaya ke IPTA. Ini kerana katanya, bilangan tempat di IPTA amat terhad sedangkan permintaan begitu tinggi.

Namun begitu dengan pertumbuhan pesat industri pendidikan negara, para pelajar yang tidak memperolehi tempat di IPTA tidak bermakna tiada peluang melanjutkan pelajaran ke IPT kerana kini terdapat lebih daripada 500 IPTS dalam negeri dan juga IPT luar negara yang menyediakan pelbagai peluang bagi memenuhi hasrat tersebut. "Sehubungan itu Edu-Care ‘2001 mempelawa ibu bapa dan juga lepasan SPM dan STPM serta Diploma mengambil peluang daripada pameran yang akan diadakan ini," jelasnya.

Menerusi Edu-Care ‘2001, pelajar akan mendapat Penerangan yang lebih jelas dalam merancang pemilihan IPT, bidang yang ingin dipelajari serta merancang kerjaya masa depan masing-masing. Haji Wan Nawawi berkata, Edu-Care ‘2001 juga turut mengundang pelajar-pelajar tingkatan empat, lima dan enam serta individu yang sudah mempunyai pekerjaan tetapi berhasrat untuk melanjutkan pelajaran .serta mencari bidang kerjaya yang lebih sesuai. Untuk itu beberapa program taklimat bimbingan kerjaya, ceramah mengenai aspek pemilihan bidang bagi melanjutkan pelajaran ke IPT, taklimat peluang latihan kemahiran, temuduga kerjaya secara terbuka dan beberapa lagi program turut dianjurkan.

Katanya, pada masa yang sama juga, para pengunjung dan ibu bapa berpeluang mendapat maklumat mengenai alternatif sumber pinjaman atau biasiswa pendidikan dan kaedah merancang sumber kewangan pendidikan masa depan. "Adalah dijangka lebih daripada 50,000 pengunjung akan menghadiri Edu-Care ‘2001 iaitu satu-satunya pameran pendidikan dan bimbingan kerjaya yang terbesar pernah dilaksanakan di Pantai Timur," ujarnya. Objektif utama program itu ialah:

• Ke arah memartabatkan industri pendidikan negara,

• Membantu mempromosikan produk industri pendidikan negara,

• Memasarkan dan mempromosi program-program pendidikan tinggi dan peluang latihan kepada masyarakat Pantai Timur,

• Ke arah membantu usaha membangun masyarakat berilmu,

• Mendedahkan pelajar dan ibu bapa kepada peluang-peluang kerjaya masa kini,

• Membantu negara dalam memartabatkan pendidikan ke taraf antarabangsa


        
Ke atas  Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 13 Mac 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com