Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


Pihak tidak puas hati perlu nyatakan sikap

HULU TERENGGANU: Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Dakwah dan Pelaksanaan Syariah, Haji Harun Taib meminta pihak tertentu yang tidak berpuas hati dengan Kerajaan Negeri supaya menyatakan sikap mereka. Katanya, ini kerana pemimpin parti yang menerajui Kerajaan Pusat mengenakan berbagai tekanan kepada Kerajaan Negeri termasuk menafikan hak mendapatkan royalti minyak yang menjadi milik Kerajaan Negeri. "Adakah kerana kita tak pecat imam, kita naikkan bantuan am, kita hapuskan kedai judi, adakah itu yang mereka marah?" soalnya ketika berucap pada Majlis Perjumpaan dan Dialog antara pemimpin dan rakyat anjuran Jawatankuasa Syura Rakyat Kampung Getang di kampung itu, di sini, baru-baru ini.Hadir sama ialah Ahli Parlimen Hulu Terengganu, Haji Muhyidin Abdul Rashid, Ahli Dewan Undangan Negeri Kuala Berang, Dr. Haji Mamad Puteh dan Pegawai Daerah, Haji Mustafa Sidek.

Baginya, tekanan yang dilakukan oleh para pemimpin Pusat terhadap Kerajaan Negeri jelas menunjukkan mereka tidak mahu usaha-usaha untuk melaksanakan syariat Islam dijalankan. Tambahnya, Kerajaan Negeri berusaha untuk melaksanakan syariat Islam antaranya telah menghapuskan kedai judi, menghadkan penjualan arak, mengadakan pinjaman tanpa riba dan lain-lain. Selain itu, katanya, dalam usaha untuk mengukuhkan perpaduan di kalangan rakyat, imam dari kalangan penyokong parti lawan tidak dipecat sebaliknya mereka turut menikmati kenaikan elaun yang dilakukan oleh Kerajaan Negeri.

"Kalau dia (kerajaan Pusat) beri bonus, kita pun beri bonus, kita rakyat Terengganu bersatu padu," ujarnya. Beliau turut menegaskan bahawa Kerajaan Negeri tidak akan mati dengan tekanan yang dilakukan oleh Kerajaan Pusat termasuk merompak royalti minyak yang menjadi hak Kerajaan Negeri.


        
Ke atas  Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 13 Mac 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com