Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


Kerajaan Terengganu ulangi hapus cukai bakul

KUALA TERENGGANU: Kerajaan Negeri mendahului lain-lain kerajaan melarang mana-mana penguasa tempatan mengutip cukai bakul dari peniaga di pasar-pasar. Langkah itu diambil kerajaan baru sebaik sahaja mengambil alih pemerintahan bagi menunaikan hasrat Manifesto Pihinraya Umum 1999. Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Alam Sekitar, Haji Wan Abdul Muttalib Embong melalui suratnya bertarikh 19 April 2000 mengarahkan semua Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kuala Terengganu (MPKT) dan majlis-majlis daerah dari seluruh negeri supaya semua cukai yang berbentuk ‘Cukai Bakul’ dihapuskan sama sekali kutipannya di semua pasar dan premis pasar milik MPKT atau Majlis-majlis Daerah. MPKT dan majlis-majlis daerah melaksana arahan itu serta merta sebaik sahaja menerima surat berkenaan.

Yang Dipertua MPKT Haji Mokhtar Nong ketika dihubungi WARTA mengesahkan ada larangan demikian dan memang MPKT kini tidak lagi menjalankan kutipan itu. Beliau menjelaskan, selama ini MPKT ada membuat kutipan sedemikian membabitkan beberapa pasar termasuk Pasar Besar Kedai Payang, Pasar Cabang Tiga, Pasar Batu Enam Jalan Kelantan dan Pasar Manir, Kuala Berang dan Marang. "Bagaimanapun kini cukai berkenaan dihapuskan sama sekali sebagai surat arahan Haji Wan Muttalib," katanya.

Mokhtar berkata, bagaimanapun perniagaan secara bakul masih berjalan di Pasar Manir. "Ianya berjalan pada hari-hari minggu Sabtu dan Rabu. Petani-petani membawa hasil mahsul mereka dan kemudiannya diniagakan sendiri dipasar ini," jelasnya. Bagaimanapun perniagaan bakul berbeza dengan perniagaan dengan menggunakan petak.

Kelazimannya peniaga-peniaga membeli barang dagangan di pasar borong dan dijual kepada pengguna di ruang niaga yang disediakan oleh MPKT. "Perniagaan yang menggunakan petak dikenakan cukai, dipanggil cukai petak dengan kadar sewa antara 60 sen hingga RM3.00 sehari, berdasar keluasan petak yang digunakan," kata Haji Mokhtar lagi.


        
Ke atas  Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 12 Mac 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com