Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


Menjawab Tulisan 'Berhala Utusan Malaysia'; Saudara Astora Jahat

Oleh: Shamil Basayev bin Laden

Nama Taleban pada suatu ketika dulu sangat baik dan mulia, tetapi kini ia menjadi suatu nama yang menakut dan menggerunkan.

Ø Nama Astora Jabat pun 'menggerunkan', kerana terlalu berani memutarbelit hukum Allah.

Taleban berasal daripada perkataan talib (bahasa Arab) yang bermaksud penuntut atau pelajar. Bagaimanapun, Taleban dalam konteks yang diguna pakai di Afghanistan bermaksud penuntut atau pelajar agama secara khusus. Taleban adalah penuntut atau pelajar yang terhasil daripada konflik antara komunisme dan libralisme yang memperalatkan Islam.

Ø Taliban terhasil kerana Syariah perlu ditegakkan, dan golongan tua mujahidin yang selesai berperang engan Russia sibuk berperang sesama sendiri dan banyak membunuh rakyat Islam Afghanistan. Bandingkanlah keadaan sewaktu pemerintahan Taliban dan sewaktu pertelingkahan Gulbuddin Hektamayar, Mujaddidi dan Rabbani sebelum membuat tuduhan yang Taleban hanya semata-mata 'byproduct' yang tidak mempunyai visi sendiri.

Pada tahun 1979 tentera Soviet Union (Soviet) menceroboh Afghanistan dan membentuk kerajaan komunis di sana. Amerika Syarikat (AS) menentang pencerobohan Soviet dan pembentukan Kerajaan komunis itu. AS bertindak dengan menggunakan kebijaksanaan memperalatkan agama Islam untuk memerangi pencerobohan komunis ke atas Afghanistan itu.Ia melaksanakan rancangannya melalui Pakistan. Justeru terbentuklahpejuang Islam buatan AS yang dipanggil Mujahidun. Sesudah itu AS pulamelibatkan Arab Saudi (Saudi) dalam rancangan itu. Penglibatan Saudi sangat penting bagi menjayakan rancangan AS itu kerana selain mempunyai kedudukan istimewa dalam agama, ia juga merupakan pembiaya terbesar dalam menyediakan pejuang-pejuang yang dikenali sebagai Mujahidun itu. Selepas itu seluruh negara Islam turut terlibat dan memberi sokongan terhadap perjuangan puak Mujahidun. Saudi seperti selalunya tidak memberi sokongan dan bantuan saja, tetapi ia juga mengambil peluang menyebarkan fahaman agamanya yang di-kenali sebagai Wahabiah di Afghanistan. Untuk tujuan menyebarkan ajaran Wahabiah itu, maka didirikan beberapa banyak sekolah agama di Pakistan di kawasan bersempadan dengan Afghanistan. Daripada sekolah-sekolah agama ini keluarnya kebanyakan pelajar berfikir sempit dan jumud yang dikenali sebagai Taleban itu.

Ø Pemikiran yang sempit? Yang sempit adalah orang yang masih tidak menyedari hakiki sebenar setelah mabuk disogok oleh musuh yang berkepentingan. Sama seperti ulama-ulama Umno yang memijak Quran dan Sunnah hanya untuk mengokok propaganda 'puppet master' mereka. Bila utusan Rasulullah sampai ke tanah-tanah kuasa-kuasa besar seperti Rom dan Bizantium, mereka mengatakan bahawa Islam harus disebarkan kerana ia membawa manusia ke jalan kebenaran yang luas, walaupun pemerintah kuasa besar itu menyangka mereka telah menjumpai keluasan dunia yang hakikinya sempit tanpa mengenal kekuasaan Allah.

Puak Taleban kecewa dengan pejuang golongan tua Afghanistan yang dikenali sebagai Mujahidun kerana asyik berbalah dan berperang sesama sendiri. Lalu mereka meninggalkan sekolah dan menjadi pejuang. Pada tahun 1994 puak Taleban dengan sokongan Pakistan, Saudi dan AS menyerang Kandahar dan seterusnya mara ke bandar-bandar Afghanistanyang lain. Kerajaan Afghanistan yang sah dipimpin oleh seorang ulama lulusan Al-Azhar, Presiden Burhanuddin Rabbani kecundang. Kabul jatuh ke tangan puak Taleban. Taleban menuduh kerajaan Presiden Rabbani tidak Islam. Dengan itu ia mesti diperangi bagi menubuh sebuah kerajaan yang betul-betul Islam. Ini bererti puak Taleban menggunakan cogan kata seperti yang digunakan oleh kebanyakan pergerakan berlabel Islam di hari ini di mana ia menganggap semua kerajaan Islam yang wujud pada hari ini bukan kerajaan Islam.

Ø Mereka bukan sahaja kecewa, tetapi kerana permintaan dan sebagai menjawab kepada penyeksaan dan penindasan ke atas rakyat Afghanistan akibat perang saudara ini, maka taliban atas kesedaran Islam dan fatwa para alim ulama bertindak melindungi agama dan rakyat marhaen yang tidak bersalah.

Pas yang tidak pernah membuat apa pun untuk menjadi Kelantan dan Terengganu sebagai negeri Islam mempunyai keyakinan yang sama dengan puak Taleban. Dengan itu Pas menganggap Malaysia bukan negara Islam.

Ø Sila rujuk isu penegakkan hukum hudud dan putarbelit Mahathir dalam pada dia cuba menghalang penegakannya. Alhamdulillah kerana pendapat anda tentang Pas memang tepat sekali. Golongan yang benar memang berfikiran serupa.

Kini Kerajaan Taleban tidak diakui kecuali tiga negara, iaitu Pakistan, Saudi dan Amiriah Arab Bersatu.

Ø Adakah Rasulullah sendiri akan melabelkan negara-negara ini, lebih-lebih lagi Arab Saudi sekutu syaitan Amerika sebagai negara Islam? 110% TIDAK!!!

Dalam perkembangan terbaru Taleban mengambil tindakan memusnahkan patung atau berhala Buddha yang didirikan pada kurun ke-2 Masihi. Ia merupakan antara dua patung atau berhala berdiri yang tertinggi di dunia. Ini bukan kali pertama Taleban bertindak ganas begitu. Dulu pun Taleban pernah memusnhakan patung-patung lain di muzium di Kabul, Ghazni, Herat dan lain-lain. Negara yang terletak di persimpangan Asia ini menjadi tempat bersejarah bagi beberapa agama seperti Zoroastria, Buddha dan Islam. Islam baru masuk ke Afghanistan pada kurun ke-7 Masihi. Dengan itu tidak hairan jika ia sangat kaya dengan pelbagai peninggalan tamadun dunia.

Ø Astora, lupakah pada bapa kita Ibrahim Alahissalam??? (lebih lebih lagi dikala musim AidilAdha ini). Adakah baginda juga ganas? Dan, mengapa berhala-berhala itu tidak dapat melindungi diri mereka sendiri, kalau benar mereka Tuhan yang disembah berjuta-juta penganut Buddha (dan mungkin anda >sendiri!).

Ramai cerdik pandai dan ulama Arab tidak setuju dengan perbuatan ganas Taleban itu. Mufti Kerajaan Mesir, Dr. Nassr Farid Wassel menyatakan rasa hairan bagaimana puak Taleban sanggup melakukan tindakan yang tidak bertanggungjawab itu. Beliau berkata: ``Berhala-berhala itu hanya salinan sejarah dan tidak nampak pun boleh memberi sebarang kesan negatif pada keyakinan umat Islam.'' Menurut Dr. Wassel Kerajaan Mesir tidak memusnahkan pun patung-patung yang merupakan peninggalan daripada tamadun Firaun. Malah ia Mesir melestarikan patung-patung itu.Pemikir Islam Mesir terkenal Fahmi Howeidi pula menganggap tindakan puak Taleban bertentangan dengan nilai-nilai Islam. ``Islam menghormati budaya agama lain sekalipun mengandungi upacara yang bertentangan dengan ajaran Islam,''katanya.

Ø Berpuluh-puluh Ulama mesir yang cuba melegimitasikan pemerintahan sosialis kuku besi Gamal Nassir dan Anwar Saddat!. Orang-orang inilah yang menumpahkan darah syahid Ikhwanul Muslimin seperti Sayid Qutb! Inilah 'ulama' yang menjadi kiblat berhala Utusan Malaysia ini!

Manakala ulama pembangkang Mesir terkenal Dr. Yusuf al-Qaradawi pula berkata, syariah Islam mengharamkan didirikan berhala dengan tangan orang Islam. Sedangkan berhala yang didirikan oleh kaum-kaum terdahulu sebelum Islam adalah merupakan warisan dan peninggalan sejarah bagi setiap umat dan tidak patut dimusnahkan. Menurut Dr. al-Qaradawi orang Islam telah membuka Afghanistan se-jak kurun pertama Hijrah dan pada zaman itu berhala-berhala itu sudah ada dan tiada siapa di kalangan orang Islam berfikir untuk mengha-puskannya. Begitu juga sewaktu orang Islam membuka Mesir pada zaman Umar bin al-Khattab tidak pernah berfikir Amr bin al-As dan para sahabat lain untuk meruntuh rumah ibadat dan lain-lain kesan lama Firaun. Dr. al-Qaradawi berkata pemusnahan berhala menjadi wajib di Afghanistan dan mana-mana negara Islam jika ia boleh merosakkan akidah orang Islam. Bagaimanapun, Dr. al-Qaradawi yakin bahawa orang Islam di Afghanistan tidak melihat berhala-berhala itu kecuali sebagai kesan kreatif bangsa-bangsa purba. Ia samalah seperti orang Mesir melihat patung Ramses yang terletak di tengah Kota Raya Kaherah.

Ø Inilah kecantikan Islam, apabila pendapat Ulama tidak semestinya yang 'definit' dan tidak boleh disangkal dengan pendapat ulama yang lain. Bagaimana dengan berpuluh-puluh ulama jihad yang berpendapat bahawa berhala yang tidak digunakan oleh sesiapa wajib dihancurkan kerana ia tidak mendatangkan mudharat kepada sesiapa dan sebagai simbol penegakkan hukum Allah di muka bumi ini? Kenapa tidak diceritakan??

Iran juga turut mengutuk perbuatan Taleban itu.

Ø Cubalah jika masih lagi hidup Ayatullah Khomaini. Entah-entah sudah ada 'harga' atas kepala Saudara Astora Jahat. At that time, you can hire a bodyguard and maybe say hello to Salman Rushdie.


        
Ke atas  Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 11 Mac 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com