Mengapa sukar benar Negara Malaysia hendak melaksanakan Pentadbiran Islam.
Adakah Pemimpin yang ada sekarang merasakan atau berpendapat Islam adalah agama
yang sempit dan menyukarkan kehidupan?
Akan tetapi apa yang ana perhatikan…itu bukanlah soalnya, soal pokok yang
sebenarnya adalah Sikap terlalu mengambil hati Pemimpin Negara kepada rakan
Kongsi Politiknya iaitu yang berbangsa Cina dan India. Ini di lakukan adalah
kononnya atas dasar Muhibbah dan menghormati budaya dan Ugama lain di negara
ini. Atas tujuan menghormati akan budaya dan ugama lain di negara ini amatlah
ana bersetuju 100 peratus malah tiada siapa di negara ini yang tidak bersetuju
akan dasar tersebut kerana ianya juga selaras dengan kehendak Islam.
Akan tetapi tiada satu ugama pun di dunia ini yang menghalalkan arak, perjudian,
pelacuran, perhubungan bebas antara lelaki dan wanita, mendewakan kebendaan dan
kemewahan, amalan rasuah, penyalahgunaan kuasa, kezaliman, mengatasi hukum dan
undang-undang agama. Sekiranya ada mana-mana satu ugama di dunia ini yang
meluluskan perkara-perkara di atas ana memohon supaya nyatakan.
Oleh itu apakah susah untuk meletakkan prinsip dan peraturan agama dalam
pentadbiran negara? Malaysia adalah sebuah negara yang masih muda dalam peta
dunia…..oleh itu adalah masih belum terlewat untuk melaksanakan perkara-perkara
yang dituntut oleh agama demi keselamatan, kesejahteraan, kebahagiaan malah
kemajuan negara itu sendiri. Sebelum negara di landa dengan masalah Sosial yang
teramat berat untuk di atasi di masa akan datang.
Apakah dengan mengujudkan Perjudian, Arak, Pelacuran, Rasuah, Penyalah Gunaan
Kuasa, Kezaliman dan Pembaziran, dengan perlumbaaan untuk membina
Bangunan-bangunan pencakar langit (seolah-olah negara kita kekurangan tanah)
akan melambangkan Kemajuan sesebuah Negara?.
Adakah dengan menampilkan kemewahan akan melambangkan Kemajuan?
Adakah dengan menghapuskan kesemua perkara yang di larang agama akan menjejaskan
Kemajuan Negara?……mungkin Mahathir akan menjawab ……Ya !
Kalau Mahathir berkata demikian….ana ingin pula bertanya, Mengapa dan bagaimana?
Sebenarnya semua ini adalah atas dasar untuk mengambil hati semata-mata dan
kerana ingin membalas budi atas sokongan Cina (MCA) dan India (MIC), tanpa
mengambil kira musibahnya yang mendatang.
Sebelum ini pun kita pernah mendengar dari mulut Mahathir sendiri mendakwa “Kita
tak boleh menghapuskan budaya bangsa lain semata-mata kerana negara ini negara
Islam, arak dan judi adalah budaya orang-orang cina…kita mesti menghormati
budaya mereka kerana negara kita terdiri dari berbilang kaum”.
Sayugia ana ingin bertanya pada Mahathir….benarkah arak itu adalah budaya
orang-orang Cina? Buku sejarah manakah yang dia baca? Bukankah orang Cina
majoritinya berugama Budha? Adakah Gautama Budha dahulu berbudayakan arak?
Pembohong dan penfitnah !
Sayugia juga ana ingin bertanyakan mahathir….benarkan berjudi itu budaya
orang-orang Cina?, buku sejarah mana pula yang di baca oleh Mahathir? Kalau
benarlah Perjudian itu merupakan budaya orang-orang Cina………..adakah
Kasino-kasino dan Pusat Perjudian yang terbesar terdapat di Negara Cina?
Sebaliknya mengapa pula Kasino dan Pusat Perjudian letaknya di Las Vegas?.
Begitu jugalah dengan bangsa India yang berugama Hindu……..adakah uagama mereka
membenarkan arak dan perjudian?
Pernahkah mahathir meminta pendapat sami-sami dan tokoh-tokoh Hindu ?
Setahu ana tiada satu agama pun di dunia ini membenarkan arak, Judi dan
Pelacuran.
Akan tetapi negara kita negara Malaysia sebuah negara Islam dan
Pemimpin-pemimpinnya Islam dan Raja-Rajanya Islam……di bolehkan Arak, Judi dan
Pelacuran. Kerana negara Malaysia mementingkan Budaya Tipu dan mementingkan
cukai pendapatan dan cukai Impot.
Tetapi semua ini Mahathir menafikan sekeras-kerasnya kerana beliau mendakwa
beliau juga berugama Islam. Ini yang membuatkan para Ulama di Malaysia pening
kepala dan cabut tidak mahu lagi bersubahat.yang masih tinggal hanyalah ular
mamak.(Ulama Mahathir).
Mahathir merasakan untuk menghentikan arak dan judi adalah sukar…….tetapi
memandangkan keadaan sekarang yang mana-muda mudi terutamanya golongan muda mudi
cina semakin galak dengan arak dan judi……oleh itu sudah tentulah masa depan arak
dan judi akan menjadi sukar untuk di tangani. Maka sebelum terlambat eloklah
mencegah…..tapi tengoklah sikap Mahathir. Si Mahathir ini terlalu nak
menonjolkan dirinya sebagai seorang yang relevan dan sebagai seorang Perdana
Menteri Melayu yang ‘Sporting’dan 'understanding' dengan muda mudi terutamanya
Cina. Melayu dan India Mahathir tidak hiraukan sangat kerana pada ‘Vision’nya
masa depan Malaysia terletak di tangan muda-mudi Cina inilah…,bukannya pada
Melayu mahupun India yang pada hati kecilnya memang tidak menghormati bangsa
Melayu dan India ini. Mahathir akan memuji Melayu bila berdepan dengan UMNO dan
akan memuji India bila berdepan dengan MIC. Sesungguhnya ini adalah kenyataan
dan hakikat bukannya fitnah dan donba.
Begitu jugalah dengan peranan UMNO di bawah pimpinan Mahathir sekarang ini, Umno
tidak pernah mengambil pendekatan untuk menerangkan pada bangsa asing tentang
Islam serta relevan dan betapa universal nya ugama Islam itu. Umno juga tidak
ada niat atau bercadang untuk memberikan gambaran sebenar pada orang-orang Cina
dan India bahawa undang-undang serta larangan dalam Islam adalah kesesuaian
sejagat.
Tetapi apa yang meyedihkan, Pemimpin-pemimpin Umno juga turut bersekongkol malah
mencarum sebahagian besar wang mereka dalam saham-saham arak serta perjudian
malah pelacuran. Bertambah menyedihkan lagi Pemimpin-pemimpin Umno yang Melayu
nya yang beragama Islam nya mengheret serta umat Islam di negara ini melaburkan
wang mereka dalam sher-sher arak, perjudian dan pelacuran.
Yang amat memalukan sekali, sebuah Pusat Perjudian yang terkenal dan terbesar di
Negara ini adalah Milik seorang yang berbangsa Melayu yang beragama Islam. Ana
tak berapa kenal dengan Tan Sri tersebut…tapi beliau itu adalah bekas Ketua
Polis Negara Islam iaitu Malaysia.
Kemungkinan dek kerana sudah menjadi sikap dan adat orang Melayu di dunia ini
tidak suka menasihati seseorang secara berdepan tetapi sebaliknya berkata di
belakang. Sebab itulah agaknya sekarang ini sudah menjadi satu ‘Trend’ para
cerdik pandai ugama, termasuk yang cerdik sahaja tapi tidak pandai berebut-rebut
untuk menduduki tempat utama di Masjid Negara. Malah seorang hamba Allah yang
sebelum ini memperjuangkan dasar Islam melalui Pas telah berjaya menduduki
kerusi empuk sebagai Yang Di Pertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia setelah
keluar dari parti PAS. Dakwa beliau kerana beliau tidak nampak wawasan yang di
bawa oleh Pas selama beliau memegang jawatan tinggi dalam Pas, sebab itulah
beliau ingin menegakkan perjuangan Islam dengan keluar dari Pas dan menyertai
parti memerintah sekarang yang mana gaji dan elaun beliau itu sendiri adalah
hasil dari arak, judi dan pelacuran.
Setelah sekian lama pula orang ini memegang tampuk tertinggi dalam Dakwah
Islamiah Negara, Masalah kemungkaran dan maksiat bukannya berkurangan malah
bertambah dahsyat lagi. Yang bertambah adalah harta dan kekayaan nya. Tiada
pernah kita membaca atau mendengar sebelum ini beliau menegur malah membantah
apa-apa maksiat yang di lakukan oleh Pemerintah Negara. Maksiat dan kemungkaran
malah pencabulan undang-undang Islam seperti yang berlaku pada JAIS tempoh hari
adalah ‘Nothing’ pada beliau, mengapa?…….sebab ‘aku tak mahu hilang kekayaan
aku’ itulah dia Nakhaie Ahmad.
Kalau sudah peranan Masjid Negara di politikkan….apa lagi yang mahu di perkata?
Kalau para Imam sudah di kelabukan dengan kesenangan dunia, apa lagi mahu di
perkata? Kalau ulama tidak berfungsi sebagaimana yang di amanahkan oleh Allah,
apa lagi mahu di perkata?
Sesungguhnya Ulama Kerajaan sekarang mementingkan Karier dan Gaji bulanan
melebehi dari Kesejahteraan Islam sebenarnya………….itulah tanda Kiamat semakin
hampir.
Pikir-pikir.
==
LAWAN TETAP LAWAN
BEBASKAN ANWAR !
seterujabat@freeanwar.com
Melayu+Siam = MeSiam