Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


Demokrasi atau 'Demo-keras-kita-kasi'

Abdullah Badawi sendiri membuat pengakuan “Sekiranya amalan demokrasi itu sihat, maka sistem parti sama ada parti kerajaan dan pembangkang boleh buat kebaikan”. Apa yang dinyatakan oleh Pak Lah sememang nya tepat, akan tetapi… Dimanakah letak nya Demokrasi itu…..adakah hanya di atas kertas semata-mata. Adakah Demokrasi hanya dapat di lihat 5 tahun sekali semasa Pilihan Raya.

Demokrasi bukan hanya berdasarkan Definasi dan tertera di atas kertas dan di simpan untuk di luahkan oleh Pemimpin kepada rakyat setiap kali Pilihan Raya, Seperti mana yang selalu di ulang cakap oleh Mahathir…….kalau itulah sahaja skop istilah Demokrasi bermakna rakyat hanya mempunyai kuasa dan hak mengundi semata-mata. Demokrasi yang sebenarnya adalah perlaksanaan kebebasan rakyat mengikut perlembagaan Negara iaitu Demokrasi berparlimen.

Perlaksanaan Demokrasi pula bermaksud sebenar-benar kerelaan pelepasan untuk di laksanakan oleh Parlimen.

Kerelaan pelepasan pula bermaksud pihak pemerintah yang menjunjung sistem Demokrasi hanya memantau dan menasihati akan perlaksanaan Demokrasi oleh Parlimen.

Memantau Demokrasi pula bermaksud pemerhatian terhadap perlaksaan demokrasi supaya ianya tidak mengugat dan bercanggah dengan Sistem Demokrasi itu sendiri oleh pihak Parlimen.

Ini bermakna Parlimen lah yang berkuasa dalam memegang serta menjunjung sistem demokrasi negara. Ini bermakna Ahli-ahli Parlimen lah yang berkuasa bagi menentukan sistem demokrasi itu.

Inilah saluran yang sepatutnya sesebuah parti menyatakan pandangan dan pendapat malah membangkang dan membantah serta meminta dan memohon. Inilah saluran yang selalu di lakukan oleh Pas dan keADILan mahupun DAP….. Masalahnya,

Tahap Pemikiran dan Tahap Keterbukaan dan yang terpenting Tahap Kejujuran ahli Parlimen pihak memerintah amat cetek tambahan di bayangi dengan sikap dendam kesumat. Apa yang dapat dilihat dalam Parlimen…….hanya beberapa kerat ahli Parlimen pihak memerintah yang berkarisma dan bersikap terbuka, itupun akan di panggil selepas persidangan oleh Mahathir. Ini semua telah menjadi satu tradisi dalam mana-mana mesyuarat di Malaysia ini…..sebelum sesuatu mesyuarat dan persidangan sudah pun diatur siapa yang akan membangkang dan siapa yang akan menyokong bangkangan tersebut dan semua mesti berdiri di belakang keputusan tersebut maka barulah majoriti akan di perolehi.

Sayugia di maklumkan bahawa sikap dan buah pikiran di Parlimen tidak sebaik dan seadil seperti Juri Mahkahmah. Juri Mahkahmah mestilah menghuraikan pendapat dan pandangannya dengan bernas serta berlandaskan fakta-fakta…..dan dalam mesyuarat Juri-juri tiada istilah Pembangkang…semuanya sama kerana pada ketika itu mereka mahu mencari satu kata putus untuk menjatuhkan samada yang di tuduh bersalah atau tidak.

Kalaulah semua ahli-ahli Parlimen bersikap keterbukaan seperti Juri-Juri diatas, maka barulah sistem Demokrasi di Malaysia ini akan sihat seperti yang di katakan oleh Abdullah Badawi.

Sayang nya……….dari segi Domokrasi berpolitik di Malaysia adalah sesuatu yang amat pincang dan ‘susah’ seperti yang di katakan oleh Pengerusi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) Tan Sri Musa Hitam dalam Mingguan Malayisa 11hb.Mac 2001.

Kalau dah ada sepakatan dalam Parlimen untuk meolak sebarang usul dari wakil Pemantau (pembangkang) walaupun usul dan pandangan itu benar dan lojik…maka usul itu tidak akan di terima dengan keputusan majoriti. Jadi Rakyat akan di hebahkan berita bahawa itu adalah keputusan Parlimen. Maka rakyat pun akan berkata “Habis….dah keputusan Parlimen nak buat apa lagi, ikut sahajalah keputusan Parlimen”.

Dan ana cukup yakin dan optimis sekali sekiranya rakyat di benarkan menonton Persidangan Parlimen secara terus menerus melalui TV dan Radio…..ana berani mengatakan bahawa Kerajaan yang ada sekarang akan di tumbangkan oleh Rakyat dalam tempoh satu bulan sahaja. Melalui cara itu sahaja rakyat akan melihat gelagat dan sikap pemimpin kerajaan menangkis dan menidakkan segala cadangan dan pendapat Wakil Pemantau (pembangkang).

Oleh itu ….sekiranya beginilah sikap ahli Parlimen dan speaker Parlimen malah Mahathir sendiri di dalam Parlimen, maka sampai kiamat pun Suasana dan Keharmonian berpoltik di Malaysia ini tidak akan tercapai.

Pemikiran Rakyat…Parlimen itu adalah sesuatu tempat yang mulia….akan tetapi hakikatnya di Parlimen lah yang mengujudkan kemarahan dan ‘Provokasi’ pihak pembangkang untuk menjatuhkan pemimpin kerajaan yang ada sekarang. Sebab itulah kita mendengar dalam berita TV dan suratkhabar terdapat ramai Ahli Parlimen pihak memerintah selalu ponteng persidangan Parlimen…….mereka-mereka ini sebenarnya sudah muak dengan kebudak-budakkan ahli-ahli parlimen di persidangan tersebut dan hanya membuangkan masa. Mereka-mereka ini adalah di kalangan ahli Parlimen yang matang dan terbuka tapi apakan daya.

Maka pihak Pemantau (pembangkang) terpaksa menjelaskan perkara-perkara ini kepada rakyat jelata melaui ceramah-ceramah. Mengapa melalui ceramah-ceramah? Oleh kerana hak kebebasan untuk mengeluarkan akhbar telah di sempitkan oleh pemerintah. Harakah di sekat pengeluarannya kepada 2 kali dalam sebulan…..apakah ini media maklumat untuk rakyat?

Mahathir telah menyalah gunakan kuasanya untuk mencengkam Jabatan-jabatan penting Kerajaan dalam Segi Perundangan (Hakim), Bank Negara, Polis Negara, BPR dan sekarang ini melibatkan Tentera dan Rakyat.

Semua kepincangan dan ketidak adilan ini telah di tuntut untuk di siasat dan bicarakan oleh rakyat Parti keADILan dan Pas mahupun DAP kepada Polis. Bukankah ini di namakan tindakan rasional dan mengikut peraturan. Tetapi rakyat telah di sogokkan dengan ‘stigma’ ‘ganas dan ekstrimis’ kepada pihak pemantau (pembangkang).

Sehingga sekarang….beribu-ribu lapuran polis telah di buat oleh Parti Pemantau (pembangkang) terhadap Korupsi, penyalah gunaan kuasa, Kronisme, Provokasi kerajaan serta fitnah pemerintah. AKAN TETAPI……tiada satu pun di siasat !!!!!! MENGAPA…?

INIKAH DEMOKRASI….? Kepentingan Politik telah mempengaruhi Undang-undang Malaysia.

Maka untuk mendesak Pihak Polis supaya mengambil tindakan segera menyiasat dan mengambil tindakan ketas lambakan lapuran-lapuran terdahulu……parti keADILan telah mengadakan Demonstrasi ‘AMAN’ untuk menyuarakan desakan mereka. Selagi pihak polis tidak mengambil sebarang langkah menyiasat selagi itu mereka akan mengadakan Demonstrasi (perhimpunan aman).

Malang sekali……Demokrasi sekali lagi di cacatkan oleh Mahathir dengan membuat fitnah Perhimpunan aman itu sebagai Demonstrasi Jalanan besar-besaran untuk menggulingkan kerajaan sekarang. Walhal Demonstarasi tersebut masih belum di buat. Inilah yang ana katakan seperti diatas tadi ‘Kerelaan Pelepasan’ Demokrasi telah di permainkan.

Yang AMAT PELIK DAN MENAKJUBKAN…..dalam masa 2 jam sahaja Pihak Polis telah mengambil tindakan dengan menangkap dan menyiasat si tertuduh.

Apakah ini bukan KEZALIMAN dan takut dengan Sistem Demokrasi. Akan tetapi Mahathir mendakwa dalam surat khabar tunggangannnya “Parti keADILan takut Demokrasi”.

Mahathir lah sebenarnya Yahudi yang di maksudkan oleh Astora Jabat dalam Mingguan Malaysia lalu.

Pikir-pikir.

==
LAWAN TETAP LAWAN
BEBASKAN ANWAR !

seterujabat@freeanwar.com
Melayu+Siam = MeSiam


        
Ke atas  Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 12 Mac 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com