Mahathir telah sekali lagi menzalimi rakyat jelata dengan mengajak mereka
bersuara membantah apa yang kononnya ‘Demonstrasi Jalanan’. Setahu ana tidak ada
demonstrasi dalam bangunan, tiada demonstrasi dalam rumah malah tiada pernah
demonstrasi dalam stadium. Yang hanya ada demonstrasi di Jalan-jalan dan
Jalan-Jalan Raya. Biarkanlah apa gelaran yang mereka hendak panggil.
Akan tetapi permasalahan Politik antara Mahathir dan keADILan telah di ajak
bersama rakyat untuk menyokongnya sekali gus membantah cadangan untuk mengadakan
Demonstrasi aman oleh parti keADILan.
Tidak cukup dengan Mengarahkan Polis dan FRU mencetuskan pergaduhan di
ceramah-ceramah Pas dan keADILan, sekarang ini pula Mahathir hendak mencetuskan
pula kemarahan rakyat yang tidak mengenali taktik Mahathir untuk menghentam
musuh Politiknya dengan menggunakan rakyat. Walhal sebagai seorang Politik
beliaulah yang bertanggung jawab menangani masalah tersebut…akan tetapi Mahathir
tahu sokongan dan kekuatan keADILan semakin hari semakin bertambah sebab itulah
sekarang ini beliau menjalankan strategi ‘C’ nya. Sebelum ini strategi A dan B
telah pun di gunakan tetapi kurang berkesan dan selepas C ada lagi strateginya
iaiitu ‘D’ dan ‘E’ yang mana strategi D dan E ini amat merbahaya sekali dan
boleh mencetuskan pergaduhan dan pertumpahan darah.
Pada ketika itu perbalahan yang timbul bukan lah antara UMNO dan keADILan
sebaliknya antara orang awam dan keADILan. Itulah apa yang di hasratkan oleh
Mahathir dan apabila ini berlaku maka sewenang-wenanglah dan mudah lah Mahathir
menggunakan Robot-robotnya untuk melanyak dan menghapuskan orang-orang keADILan.
Sekarang ini Mahathir mengajak rakyat bersuara membantah……sedikit hari lagi
‘Provokasi’ akan di buat oleh Mahathir dan rakyat akan di ajak pula membuat
‘Demonstrasi Balas’ di Jalan-jalan raya dan merata-rata tempat dengan di kepalai
oleh KGB Umno….. Harapan Mahathir adalah penyokong-penyokong keADILan akan marah
dan bertindak ganas kepada rakyat dan orang awam dengan membaling batu atau
menganggu demonstrasi rakyat tersebut yang mana sudah tentulah orang yang
membaling batu dan mengganggu tersebut bukannya dari perkampungan keADIlan
sebaliknya seperti yang sudah di ketahui iaitu ‘Penyamar-penyamar bergaji
bulanan’.
Percayalah….Demonstrasi atau Perarakan Rakyat ini akan di jalankan di setiap
Negeri di seluruh Malaysia. Ini di buat bagi menunjukkan kepada Dunia
seolah-olah pergerakan dan aktiviti serta perjuangan parti keADILan adalah satu
ancaman pada Negara. Sekali gus akan menanamkan sikap membenci tak tentu pasal
terhadap keADILan.
Ini sudah jelas dengan Jarum Mahathir terhadap Ketua Turus Angkatan Tentera yang
mana turut tergigit umpan Mahathir kononnya Demonstrasi Jalanan adalah untuk
menggulingkan Kerajaan…..orang yang ‘moron’ sahaja yang mengatakan begitu. Maka
keluarlah kenyataan Ketua Tentera tersebut menyokong Mahathir tanpa segan dan
silu tetapi memalukan pihak Tentera.
Bekas Banduan Pulau Jerejak yang sakit kaki itu juga telah turut menyuarakan
bantahan terhadap Demonstrasi Jalanan kononnya beliau mewakili semua Persatuan
pesilatan Melayu……yang seronoknya ana juga salah seorang daripada ahli Persatuan
tersebut dan ramai lagi ahli-ahli Pas juga keADILan yang menyertai persatuan
persilatan Melayu…..bilakah masanya yang kami bersetuju menyokong Mahathir itu?.
Cantiiiik.
Tapi kalau sekali imbas …rupa paras dan kulit si M…Guru silat itu nak serupa
dengan kulit dan hidung Mahathir, betul tak? Satu kapal lah tuuuu.
Percayakah anda selepas ini Murid-murid sekolah dan guru-guru sekolah pula yang
akan di arahkan untuk membuat perarakan bantahan ‘Demonstrasi Jalanan’. Begitu
jugalah dengan Persatuan-persatuan lainnya di Malaysia ini…..yang Indianya di
taja oleh MIC dan yang Cinanya di Taja oleh MCA dan yang Melayunya tak payah
cakaplah.
Maka dengan ini kononya berjayalah Mahathir untuk membenamkan kepercayaan rakyat
terhadap perjuangan parti keADILan…tetapi dunia akan melihat Mahathir sebagai
seorang Politikus yang penakut dan bacul dan ini sudah tentulah akan kita
bukukan suatu hari buat rujukan sejarah anak cucu kita.
Masalah Mahathir kalah teruk dalam sokongan orang-orang Melayu dia persalahkan
Pas kerana kononnya Mengkafirkan orang UMNO.
Masalah Mahathir takut dengan keADILan dia menggunakan isu Keselamatan dan
Penggulingan Kerajaan.
Masalah Ekonomi Negara dia persalahkan George Soros.
Masalah pergerakan Al-Maunah dia katakan ada penglibatan parti pembangkang.
Masalah Laman Web Kerajaaan Malaysia dan UMNO yang malas dan tidak canggih dan
tidak mendapat sambutan dia persalahkan Malaysiakini.com dan George Soros.
Masalah Kejatuhan saham KWSP dan Tabung Haji dia persalahkan Pasaran Saham.
Masalah Kekalahan Di Lunas dia persalahkan Pembangkang guna taktik kotor dan Isu
agama. (Pengundi hantu tak apa kerana orang tak nampak).
Masalah Pengangguran remaja dia persalahkan kerana Memilih Kerja….banyak Kilang
di Malaysia katanya. (Tetapi bukankah Kilang di Malaysia ini Milik rakyat Bangla
dan Indon?).
Tetapi pernahkan Mahathir mengaku akan kesilapan nya…..HARAM TAK PERNAH.
Itulah Mahathir seorang yang mengaku Melayu….sebenarnya berhati ‘Melatu’
Pikir-pikir
==
LAWAN TETAP LAWAN
BEBASKAN ANWAR !
seterujabat@freeanwar.com
Melayu+Siam = MeSiam