10hb.Mac 2001 (Sabtu). Ceramah Pas di Taman Hiburan,Ulu Kinta Perak yang mana
Penceramahnya YB.Saudara Mahfuz Omar telah di ganggu oleh Polis dan FRU. Ana
telah berada di Ipoh bagi menziarahi saudara yang di masukkan ke Hospital Ipoh
kebetulan malam ini ada ceramah Pas, maka ana tak melepaskan peluang untuk
mendengar ceramah dari Wira keadilan ini. Pada awal-awal lagi sudah Kelihatan 2
buah Land Rover FRU berada di situ dengan jumlah anggota FRU lebih kurang
seramai 20 orang termasuk 3 orang Pegawai Polis yang mana dua darinya adalah
Pegawai Melayu dan seorang darinya pula berbangsa Sikh. Apabila tiba giliran
saudara Mahfuz berucap Salah seorang Pegawai Polis tersebut telah menghulurkan
sekeping nota pada penganjur untuk di serahkan kepada saudara Mahfuz.
" Disini ada sekeping nota dari pihak polis memberikan kita kebenaran untuk
berucap sehingga jam 10.50 malam, dengan ini kita ucapkan ribuan terima kasih
pada pihak polis kerana telah menggunakan budi bicaranya" kata mahfuz disambut
dengan tepukan oleh orang ramai. Maka saudara Mahfuz menyambunglah ucapannya
dengan bersemangat sekali. Akan tetapi akibat keasyikan berceramah dengan orang
ramai semakin bertambah tanpa di sedari jam sudah menunjukkan jam 11.00 Malam.
Kelihatan pasukan FRU berbaris dan menuju ke pentas ceramah saudara Mahfuz di
dahului oleh Pegawai-pegawai tadinya.
Kedengaran suara saudara Mahfuz "Beri saya 5 minit lagi untuk menutup ceramah"
akan tetapi Pegawai Polis tadinya enggan membenarkan. Di waktu ini kedengaran
orang ramai mula bertakbir dan takbir ini bertambah kuat dan bersemangat dan
kelihatan orang ramai sudah mula berasak-asak dengan menuju kepentas ceramah.
Suasana menjadi agak tegang dengan laungan takbir oleh majoriti hadirin. Laungan
takbir masih tidak henti dan jika keadaan ini berterusan sudah tentulah sesuatu
yang buruk bakal terjadi. Saudara Mahfuz dengan pantas menenangkan keadaan "
bertenang…bertenang, saya minta kita semua bertenang….biarlah saya selesaikan
masalah ini". Keadaan menjadi semakin tenang dan laungan takbir masih
kedengaran akan tetapi tidak lagi menggerunkan seperti mana sebentar tadi.
Maka orang ramai pun bersurai lah perlahan-lahan dan yang jelas kedengaran pihak
Pengerusi Majlis sempat lagi meminta orang ramai memberi tepukan untuk
anggota-anggota Polis dan FRU tadinya atas penggunaan akal dan kebijaksanaan
mereka….sesungguhnya kita tidak memusuhi pihak polis kerana mereka-mereka ini
mengikut arahan pihak atasan, sekiranya mereka engkar sudah tentulah berbagai
tekanan akan dikenakan kepada mereka sepertimana yang terjadi pada
pegawai-pegawai polis lain sebelum ini.
Difahamkan semasa kekecohan di depan pentas antara Saudara mahfuz dan Pegawai
Polis tersebut, seorang pengunjung ceramah telah di tahan dan di masuk kan ke
dalam Land Rover polis. Kemungkinan hamba Allah ini tidak dapat mengawal
perasaan nya apabila melihat kan polis dan FRU mendesak Mahfuz supaya berhenti
berucap.
Akan tetapi suasana terkawal dan orang ramai bersurai. Kedengaran berbagai
cemuhan dan kecaman di luahkan oleh orang ramai ketika itu terhadap Mahathir.
Jelas sekali dengan insiden yang berlaku tadi membuatkan bertambah ramailah
Melayu yang membencikan Mahathir. Di sebalik untuk mendapatkan balik kepercayaan
orang Melayu kepada nya maka kebencian dan kemarahan yang di perolehi oleh
Mahathir.
Daripada insiden yang berlaku itu dapatlah ana membuat rumusan bahawa Mahathir
sememangnya hendakkan kekecohan malah pertumpahan darah berlaku diantara
orang-orang Melayu dan pihak Polis. Yang mana ini tidak mendatangkan apa-apa
faedah kepada kedua-dua pihak iaitu orang awam dan polis akan tetapi besar
maknanya dan besar faedahnya bagi strategi Politik Mahathir. Apakah sebenar yang
di harapkan oleh Mahathir ? Ingin melihat bangsanya (itupun kalau Melayu adalah
bangsanya) di balun oleh polis yang mana perkara ini tidak sewajibnya berlaku,
dan adalah tidak masuk dek akal langsung sekiranya berlaku.
Apakah selama ini ceramah-ceramah Pas mahupun keADILan mencetuskan huru-hara dan
kekecohan? Apakah selama ini Pas dan keADILan tidak memohon permit untruk
mengadakan ceramah? Apakah risiko berlakunya pergaduhan dan pertumpahan darah
sekiranya permit-permit ceramah di keluarkan dan hanya di pantau oleh pihak
polis akan perjalanan cermah tersebut? Dan apakah risikonya sekiranya permit
tidak dikeluarkan ataupun dibatalkan di saat-saat terakhir dan cermah tersebut
di adakan jua?
Apakah yang ruginya jika dibiarkan sahaja ceramah tersebut berlangsung dalam
keadaan aman.?
Apakah ruginya jika ceramah tersebut di ganggu dan di halang dari di teruskan
oleh pihak FRU dan Polis?
Bukankah gangguan dan halangan dari pihak FRU itu merupakan satu 'provokasi'
untuk tercetusnya situasi yang tidak di ingini. ?
Apakah sebelum ini Pas dan keADILan tidak memenuhi syarat-syarat untuk
mengadakan ceramah ?, Oleh itu mengapakah ianya di halang dan di ganggu?
Bukankah apa yang dipohon oleh Pas dan keADILan itu selari dengan sistem
demokrasi negara ini.?
Apa yang ana ingin ingatkan pada Mahathir……..demi kemalangan jiwa orang-orang
Melayu dan Islam di negara ini maka biarlah demokrasi rakyat di erti katakan
dalam maksud Demokrasi yang sebenarnya. Sekiranya berlaku sebarang pertumpahan
darah dalam mana-mana ceramah Pas dan keADILan selepas ini akibat gangguan dan
halangan serta kekerasan pihak Polis maka tiada orang lain yang patut di
salahkan melainkan KAMU !
Mengapakah kamu wahai Mahathir sebegitu pengecut menghadapi kenyataan dan
sanggup pula menggadaikan darah dan nyawa bangsa mu sendiri…..apakah visi kamu?
Bertaubatlah kamu dan bangunlah kamu dari lamunan mimpi kezaliman dan tampilkan
lah rupa mu yang sebenar kepada rakyat negara ini……yang mana rupa mu hanya
cantik dan baik dalam Surat khabar dan TV tunggangan kamu itu. Sebenarnya rupa
dan sikap dan niat kamu itu tidak ubah seperti Firaun.
Persoalan yang terpenting !!!
Apa akan terjadi sekiranya dalam kekecohan tadinya salah seorang pengunjung
ceramah telah terkorban akan keganasan Polis?…….. Dan
Apa akan terjadi sekiranya dalam kekecohan tadinya salah seorang anggota Polis
atau FRU terkorban akan kekecohan tersebut?
Bolehkah perkara ini dielakkan tanpa menghalang Sistem Demokrasi rakyat untuk
bersuara?
Yang lebih tepat lagi bolehkah perkara ini berlaku dengan memberikan permit
ceramah kepada Pas dan keADILan mengikut sistem Demokrasi yang ada?
Jawapannya adalah mudah dan senang….iaitu
Perkara yang tidak diingini ini tidak akan berlaku jika permit dikeluarkan
untuk sebarang ceramah dan perhimpunan aman oleh rakyat jelata.
Maka disini jelas lah kita mengapa Mahathir tidak mahu permit dan kebenaran di
beri……..kerana beliau mengharapkan ………………………….berlaku.
Pikir-pikir.
==
LAWAN TETAP LAWAN
BEBASKAN ANWAR !
seterujabat@freeanwar.com
Melayu+Siam = MeSiam