Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


Waspada Kempen Ini

Assalamualaikum

Baru-baru ini Jabatan Kastam & Eksais Diraja di bawah arahan Ketua Pengarahnya Dato' Halil Mutalib (orang Madey dari LADA) telah mengadakan satu street survey untuk mengenal pasti segala kegiatan urusniaga rakyat Malaysia. Street survey ini matlamatnya adalah untuk mengenal pasti beberapa jenis urusniaga ataupun industri yang belum pernah dikenakan cukai sebelum ini. Kemudian beberapa jenis urusniaga tak kira kecil atau besar akan dikenakan cukai. Tujuannya adalah untuk memenuhi hasrat Halil (beruk) agar JKED dapat mengutip cukai sebanyak 24 billion tahun 2001 ini.

Susulan dari street survey itu satu Kempen yang dinamakan 'KEMPEN KESEDARAN CUKAI DALAMAN' telah digerakkan mulai 9 Mac 2001. Hamba pasti selepas ini beberapa jenis urusniaga yang didapati berpotensi untuk dikenakan cukai akan mulai merasa akibatnya. Sebenarnya bentuk cukai JKED adalah cukai tidak langsung...iaitu para pelanggan akan membayarnya kepada pengusaha urusniaga atau industri. Secara tidak langsung pengusaha urusniaga menjadi agen kepada JKED dalam urusan mengutip segala maknika cukai.

Ambil contoh pengunjung KFC...di dalam bil yang diterima ada tertera 5% cukai perkhidmatan (service tax). Pelanggan akan terpaksa membayar cukai pada masa itu juga setelah menerima tempahan dan menjelaskan harganya. Begitu juga perkhidmatan pelbagai jenis sistem komunikasi...ada tertera 5% cukai perkhidmatan di situ. Memanglah 5% tidak tinggi tetapi pabila terdapat juataan pelanggan seluruh negara tentulah lumayan pulangannya. Setelah kering kontang Petronas...maka JKED telah dilihat sebagai alat untuk memenuhkan aspirasi jijik beruk-beruk pendukung UMNO. Ya...suatu ketika dulu JKED adalah tulang belakang negara ini sebelum muncul Petronas. Pastinya JKED akan dulu, kini dan selamanya diperalatkan.

Pelbagai jenis cukai dikenakan oleh JKED di negara ini...diantaranya cukai import, cukai jualan dan cukai eksais. Boleh sakit otak hamba fikir kesudahannya...yang hamba pasti kerajaan Rom dulu tumbang akhirnya kerana rakyat marhaen memberontak pabila tertekan dengan maknika cukai. Aduh...aduh...aduh...duh...duh...duh...mana tahannn. Alhamdulillah kita orang Malaysia waras...tak perlu mengamuk...tunggulah 2004...dekat jer.

Wassalam
yang fakir lagi dhaif
peon_siber@hotmail.com

p/s ada seorang orang kanan pemuda Umno Bagan Serai didapati memiliki sebuah Merc yang disyakki dibawa masuk dari negara jiran tanpa import permit...malas nak cerita lanjut sebab Kastam takut berdepan dengan kelompok celaka nih...sebab mereka mengamalkan cannibalisme.


        
Ke atas  Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 11 Mac 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com