Tuan,
Izinkan saya Sampaikan secebis pandangan Saya ini mengenai pemusnahan patong
Buddha
di Afghanistan itu.
Seluroh pemimpin dunia dan PBB sebok mengutuk perbuatan Taliban itu.Tak kurang
juga
pemimpin Islam Malaysia.Semuanya sayang kepada patong berhala itu diatas dasar
pening
galan sejarah.Apabila PBB menajakan sesuatu issue antara bangsa maka banyaklah
nega
ra negara kecil seperti Malaysia tampil menyahut seruan.Tetapi pernahkah PBB
menunjuk
sikap serius seperti ini semasa Masjid BABRI di India itu di runtuhkan olih kaum
kaum
pelampau Hindu?Masjid besar tersergam hampir 1000 tahun hancur jadi debu.
Masjid Babri di India itu ialah peninggalan sejarah juga bahkan lebih canggih
dari patong
berhala di Afghanistan itu.Ianya peninggalan ilmu seni bina dan kejuruteraan
pembangunan
(Engineering & architecture & interior design) cerdik pandai orang Islam di
Indai tujoh ratus tahun dahulu.PBB dan seluruh pemimpin dunia termasuk Malaysia
dan Mesir tidak
pun tergerak hendak mempertahankan Masjid Babri daripada menjadi debu apabila
di
runtuhkan olih penganut penganut Hindu dan tapaknya hendak di dirikan kuil hindu
yg. baru.
Pada hemat saya pemimpin Malaysia (Pak Turut sekular Mesir) lebih rela
menyalamatkan
patong berhala daripada menyalamatkan Islam di muka bumi ini.
Peminat Cyber