Dr Jomo:
Menurut Dr Jomo, Malaysia semakin menjadi satu negara yang bercerai-berai budaya masyarakatnya (kerana memberi penekanan yang tidak kena pada tempatnya.)
Walaupun tindakkan PM mencanangkan isu perpaduan melayu tidak menyebabkan secara langsung konflik antara kaum di sini, ia telah mewarnai suasana menjadi perkauman.
"Sekarang, baru anda sedar betapa perlunya untuk menangani masalah keharmonian antara kaum dengan lebih segera. Rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa telah muncul untuk menziarahi mangsa. Dan pihak pembangkang lebih mendahului untuk menghulur cadangan untuk membina kembali keharmonian antara kaum".
FT:
Polisi kerajaan BN lebih bersifat pro-perkauman sedangkan ia sepatutnya pro-ekonomi. Inilah punca konflik perkauman. Rakyat sepatutnya dibantu tanpa mengira kaum mereka. Jika tidak ia akan melahirkan perasaan tidak puas hati yang cemar dengan bau perkauman.
Soalnya ialah masalah identiti. Di Thailand rakyat minoriti Cina dan India disitu mengcam diri mereka sebagai warga Thai terlebih dahulu. Singapura pula mengutamakan perpaduan dengan kebolehan (merit) sebagai kuncinya.
Agus:
"Kawasan itu mempunyai semua unsur kimia untuk menghasilkan ledakkan. Keadaan infrakstruktur begitu teruk, begitu juga taraf pendidikkan. Mereka terpinggir dari arus pembangunan ekonomi dan politik terlalu lama.
Rakyat yang dilayan seperti ini akan memberontak bila mereka dihumban ke dinding. Mereka menggunakan peluang itu untuk menunjukkan rasa tidak puas hati untuk menonjolkan nasib mereka."
Menurut Agus lagi "pergaduhan tersebut tidak bermula kerana masalah perkauman tetapi meledak menjadi begitu kerana mereka terbiar dan sudah terlalu lama kecewa. Tidak ada ketegangan antara kaum di situ"
Star:
Menurut akhbar Star kawasan tersebut amat hitam dan paling teruk kadar jenayahnya. Terdapat 100,000 penduduk di Taman Medan, majoritinya melayu. Kira-lira 20% kaum India dan selebihnya pendatang Indonesia dan Bangladesh. Pendudu Indonesia yang lebih 'agresif' juga dikatakan menyukarkan lagi keadaan.
Kesimpulan:
Kerajaan seharusnya memandang masalah rakyat 'beyond ethnic approach' atau 'bukan dari sudut perkauman semata-mata'. Jika tidak kita akan mengundang lebih banyak bencana di masa hadapan. Polisi dan sikap kerajaan masakini hanya akan menambah ketegangan dan bahan tambahan untuk satu letupan. Perpaduan nasional sepatutnya lebih dititik beratkan dan pendekatan baru penyusunan ekonomi harus dilancarkan.
Dengan kata-lain rakyat tidak puas hati kepada tindak-tanduk kerajaan. Tetapi mereka terpaksa memendam perasaan kerana tidak dizinkan berbuat demikian dengan 'penderhakaan' dan 'menumbangkan kerajaan' sebagai alasan. Kerajaan sedang membina BOM yang sebegitu besar yang boleh memusnahkan dan Mahathirlah yang menjadi perancang. Dia telah memusnahkan demokrasi dan menodai kekayaan negara sehingga menjadi hutang. Patutlah rakyat hidup terbiar dan keharmonian pecah berantakkan.
Tetapi mungkin ada lain kesimpulan.
Mungkin juga hanya 'pemberontakkan yang mampu mengundang kemajuan'.... kerana kerajaan begitu berdegil untuk mendengar pandangan.
Kapal Berita