Kalau sudah terlalu laju memandu memang senang untuk maut. Apatah lagi jika kereta yang dicipta tidak mempunyai kebolehan dan pemandunya tidak berpengalaman. Perlumbaan bukan sekadar mencipta nama - tetapi ia satu perniagaan dan permainan yang bergantung kepada konsentrasi minda. Sedikit lalai anda akan terbabas dan mati dengan penuh kengerian.
Demikianlah risiko yang tinggi yang dihadapi oleh sesiapa yang menyertai pemainan ini. Jika tidak yakin jangan bermain sekali-kali kerana nyawa yang melayang tidak akan kembali. Sebarang kematian akan menjerut nama baik tuan rumah sendiri. Dan ia akan sukar padam walaupun seribu tahun lagi.
BAGAIMANA SEPULOH TAHUN LAGI?
Litar F1 rugi lagi dan kali ini lebih teruk dari dua tahun sudah. Cuma 1/3 sahaja tiket terjual. Tetapi kontrek diikat selama 10 tahun! Syarikat Sepang International Circuit itu adalah anak syarikat Malaysian Airports Bhd yang turut termenung kerana semakin kurang syarikat penerbangan mahu singgah ke KLIA. Ia kini memohon bantuan kerajaan. Sahamnya kini sudah bernilai RM1.41 sahaja - paling rendah tahun ini.
Yang peliknya penaja perlumbaan F1 powerboat tajaan Digi.com dapat tersenyum panjang kerana memecahkan rekod tiket jualan. Kini Digi.com akan menaja konset Deep Purple pula.
Kini satu projek menjual tiket bersama TRI dan CAHB dirancang walaupun masa sudah tidak panjang. Sambutan masih sejuk dan rugi kini sudah terbayang. Disebutlah syarikat perhotelan sebagai punca kesukaran kerana menaikkan harga bilik, tetapi persatuan industri itu menafikannya.
RUGI MEMANJANG
Malaysia Airports membelanjakan RM 100 juta setahun untuk menganjurkan perlumbaan itu. Ia rugi RM 23 juta tahun lepas untuknya. Hak siaran yang diberi kepada TV3 masih gagal untuk menolongnya mengurangkan hutang berjumlah RM536 juta. Tahun ini nampaknya ia akan semakin malang.
Pelbagai alasan dikemukakan termasuklah kadar tukaran matawang asing yang lebih baik ketika kontrek di tanda-tangan. Tetapi sekarang ia terkebil-kebil mencari pertolongan untuk satu perniagaan yang rugi memanjang. Inilah satu lagi projek wawasan yang nampaknya semakin mewas-waskan. Bukan satu dua orang yang terkandas di jalan, tetapi beberapa syarikat akan tenggelam - alang-alang mahu menaja perlumbaan.
-TJr Kapal Berita-