Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


Pemuda PAS, Pengarang Harakah temui Suruhanjaya Hak Asasi Asia

Oleh Zulkifli Sulong

HONGKONG, 15 Mac (Hrkh) - Dua pemimpin Pemuda PAS, Naib Ketuanya Salahudin Ayub dan Exconya, Mohamad Hanipa Maidin dengan disertai oleh Pengarang Harakah, Zulkifli Sulong dan seorang ahli perniagaan, Tajudin Senafi akan menemui Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Asia (SHAMA) yang berpejabat di sini esok, 16 Mac 2001.

Ke empat-empat mereka dijangka akan bertemu dengan pemimpin SHAMA jam 10 pagi waktu Hongkong yang sama sahaja dengan waktu di Malaysia.

Mereka dijangka akan melaporkan kepada SHAMA perlanggaran hak asasi manusia yang berlaku di Malaysia, antaranya hak untuk berhimpun secara aman, kebebasan akhbar yang semakin tertekan serta akta-akta yang dikira tidak sesuai lagi dengan dunia masa kini.

Zulkifli dipercayai akan melaporkan secara langsung apa yang berlaku kepada Harakah terutama apabila kerajaan menyekat penerbitan Harakah dari dua kali seminggu kepada dua kali sebulan mulai Mac 2000.

Isu penarikan royalti petrolium untuk kerajaan negeri Terengganu setelah kerajaan negeri diambilalih oleh PAS juga dijangka akan menjadi topik perbincangan antara kedua-dua pihak.

Sementara itu, Radio dan TV Hongkong (RTHK) dijangka akan membuat laporan khusus mengenai lawatan ini setelah membuat rakaman khusus isu kebebasan akhbar di Kuala Lumpur minggu lalu.

Pengarang Harakah, pengarang Malaysiakini, Steven Gan serta beberapa pengarang akhbar harian di Kuala Lumpur telah ditemui oleh Doris Wong, salah seorang penerbit RTHK ketika beliau berada di Kuala Lumpur.

Dalam lawatan ini juga, wakil Pemuda PAS dan Harakah dijangka akan melawat pejabat majalah berita Aseaweek.

Besar kemungkinan mereka akan disambut sendiri oleh Ketua editornya, Dorinda Eliot.


        
Ke atas  Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 17 Mac 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranungdaily.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com