Saudara;
Hari ini melalui laman web ini
http://communities.msn.com.my/SportsChannel/1.msnw?action=get_message&ID_Message=575&LastModified=4675313083428390348
kita tahu apakah sebenarnya kemampuan negara kita terhadap acara yang menjadi
sanjungan mereka. Seperti pendapat M.G.G. Pillai: F1 Malaysia terkandas sebelum
bermula. Wah bukan main lagi media kerajaan melapurkan apabila Terengganu
terpaksa membatalkan program korban.
Kali ini F1 akan terkorban dan kita lihat lapuran mereka. Saya menyeru kepada
semua para reformasi, pendengar ceramah, para demonstrasi supaya memboikot saja
F1 ini.Tak perlu pergi kerana kosnya adalah terlalu mahal selain dari tiket kita
kena bayar tol dan minyak. Saya telah boikot banyak acara sukan bermula dari
piala Malaysia lagi. Bayangkan tekak kita sakit menjerit rupa-rupanya
pemain-pemain hanya bersandiwara di atas padang. Mereka telah mengatur bagaimana
sesuatu perlawanan itu berkesudahan. Sakit hati apabila kita ditipu sedang
mereka (pemain) mendapat imbuhan. Saya bukan anti sukan. Tetapi setiap kali bila
kita berkumpul kita akan disirami air jadi salah satu sebabnya mengapa kita
boikot kerana kita tak ada permit. Kita boikot apa saja program yang kerajaan
buat tak semestinya sukan, hantar beberapa orang sebagai pemerhati atau wartawan
termasuklah konsert nyanyian. Tak perlu pergi kerana banyak CD (haram) yang
dijual di setiap pasar malam atau di kaki lima kedai. Kenapa tak tangkap? Kalau
orang jual kaset reformasi bukan main sibuk lagi. Seolah-olah macam ada link ???
Anti bising