Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


Masalah Industri Sawit

Assalamualaikum,

Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak tuan kerana sudi menyiarkan tulisan saya ini. Semoga website tuan akan terus berkekalan untuk terus menerus menerangi dunia kewartawanan dan pengetahuan khususnya yang sekarang ini dalam kegelapan.

Saya sedih melihat industri kelapa sawit Malaysia yang harga jualnya jatuh berdentum akibat 'oversupply'. Siapakah yang mengakibatkan oversupply ini?

Pihak korporat seperti Sime Darby atau Golden Hope sudah pasti boleh melalui waktu yang sebegini kerana mereka mempunyai sumber2 lain. Akibatnya para pekebun kecil akan gulung tikar kebanyakannya jika harga rendah ini berpanjangan.

Indonesia sudahpun menurut Malaysia dari segi penanaman dan pengilangan kelapa sawit (transfer of tech from Malaysia Corporations?). Ini adalah antara faktor terpenting mengapa oversupply ini terjadi. Sama seperti Getah di mana Thailand dan Indonesia menurut langkah Malaysia yang mana akhirnya industri di Malaysia tumbang kerana kos di tempat mereka lebih murah. Kita sudah pasti ingat dulu sewaktu Malaysia menjadi pengeluar getah terbesar dunia yang tiada tolok bandingnya. Sekarang di mana Malaysia?

Sekarang ini kelapa sawit pula yang menjadi mangsa. Adakah kerajaan tidak perasan tentang strategik nya industri ini? Daripada industri penanaman, pemprosesan, penjualan dan penggunaan, semuanya ini melibatkan sebahagian besar GDP Malaysia. Sekarang ini kita cukup bangga kerana kitalah yang memajukan industri kelapa sawit (huluan dan hiliran) dan orang lain yang meniru kejayaan kita. Kita jugalah yang bersusahpayah mencari 'market' di luar negara dan sebagainya. Jadi di manakah silapnya bagi pengeluar kelapa sawit terbesar dunia ini?

Jika kerajaan betul bijak (melalui menterinya dan juga Pusat penyelidikan Kelapa Sawit) dan menganggap industri ini penting (ada orang panggil kelapa sawit is Malaysia's Gold), sudah pasti langkah-langkah pencegahan sudahpun dilaksanakan lama dulu, yakni sebelum yang ditanam di Indonesia itu mengeluarkan hasil. Saya sendiri boleh mencongak berapakah jumlah oversupply beberapa tahun sebelum ianya terjadi kerana bukan hari ini tanam, esok dah berbuah.

Habis tu apa mereka buat selama ini? Habuk pun tarak. Kepada pusat penyelidikan Kelapa Sawit Malaysia, manakah hasil-hasil kamu? Jangan dok perabih wang rakyat sahaja. Para pekebun sudahpun melaksanakan tanggungjawab mereka dengan bekerja dengan tekun tetapi sekarang tiada pasaran untuk mereka.

Adakah kerajaan sengaja nak tengok pekebun kecil gulung tikar supaya korporat besar boleh ambik alih?

Sebagai sorang yang berpengalaman, janganlah kome dok kelentong kitorang lagi. Kepada pusat penyelidikan tu, silalah ambik orang yang berkelayakan dan bersemangat untuk membuat penyelidikan, dan kepada tok menteri, silalah teliti hasil kerja mereka dan 'implement' apa-apa yang betul-betul baik untuk industri bukan sahaja yang untuk meningkatkan pengeluaran, tetapi untuk meningkatkan permintaan melalui 'creation of new market or demand' (ini yang lebih penting sekarang ini).

Hari tu ada hangat-hangat taik ayam pasal biodegradable plastic. Mana peginye ehh? Bukankah ini masa paling sesuai untuk meningkatkan penggunaan kelapa sawit?

Bagaimana pula dengan pembuatan minyak diesel daripada minyak sawit? Kan ianya baik untuk Malaysia. Bukan saja ada 'market' baru untuk minyak sawit, malah pencemaran pun boleh dikurangkan. Kenapa tidak dihebahkan kepada rakyat akan kebaikan minyak sawit?

Melalui kaedah 'transesterification' minyak sawit boleh kita tukar menjadi biodiesel. Transesterification selalunya memerlukan bahan seperti methanol atau ethanol. Kan Petronas ada kilang methanol di Labuan, yang asyik dok eksport ke luar negara sahaja. Kenapa tidak dibesarkan lagi kilang ini untuk menambahkan pengeluaran methanol? Saya check price methanol agak murah sekarang ini walaupun telah meningkat dengan agak banyak dek kenaikan harga gas. So kalau murah, beli saja dari spot market.

Jika harga methanol meningkat dan terlalu mahal, carilah bahan lain ataupun cara lain. Setiap masalah sudah pasti ada jawapannya. Ini motto engineer yang sebenarnya.

Saya pasti jika Malaysia menggiatkan usaha untuk menjadikan minyak sawit sebagai bahan api alternatif (ehem..ehem, semoga rakyat pun menggiatkan usaha untuk kerajaan alternatif diwaktu yang sama) maka sudah pasti 'supply/demand imbalance' sekarang ini boleh dibendung. Hasilnya harga minyak sawit akan kembali meningkat dan industri ini akan juga menyelamatkan Malaysia sekaligus kita akan lebih cepat menjadi maju.

Selain daripada biofuel, minyak sawit atau kelapa sawit itu sendiri sudah pasti mempunyai banyak kegunaan lain. Lipat gandakan usaha dan tingkatkan permintaan melalui 'creation of new market'.

Akhir sekali kepada pekebun kecil, bersabarlah semoga harga kelapa sawit kembali meningkat. Jika tak boleh tunggu Lembaga kelapa sawit tu (yang dah memang jadi patung lembaga tunggu kena bom kat Afghan tu), buatlah sesuatu seperti beramai-ramai mengupah syarikat-syarikat yang boleh membuat proses transesterification dsb untuk membuat biofuel dengan cost effective sekali. Jika anda tahu, di luar negara harga minyak diesel adalah mahal kerana di Malaysia ini ada 'price control'.

Bagi saya ketumpulan tindakan kerajaan dan menterinya adalah lebih kepada pengkianatan kepada industri sawit Malaysia yang merupakan yang terbesar di dunia (bukankah ini sesuatu yang patut dibanggakan?). Saya tak bangga langsung terlihat orang Malaysia buat record berjalan kebelakang paling jauh. Malah ketawa kerana kebodohan mereka. Patut kena kelentong aja oleh madey and co. Negara lain semuanya ke depan, orang Malaysia pulak ke belakang. Ha ha! Mat salleh nampak pun mesti geli hati punya.

Wassalam,

Engineer Terengganu
Kembalikan Royalti!


        
Ke atas  Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 12 Mac 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com