Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


POLIS (penjenayah berlesen) dan keangkuhan mereka.

Menyorot tulisan dan pengalaman yang ditulis oleh sahabat reformis pejuang rakyat menyegarkan kembali setiap detik dan peristiwa yang saya sendiri tempuhi pada tarikh bersejarah itu.Terlebih berkesannya lagi apabila seorang ketua pemuda Ameno kampong telah meyakini sendiri akan kekejaman Polis yang sentiasa menjalankan tugas dengan penuh MESRA,CEPAT DAN BETUL.Atas kayu ukur apa agaknya yang digunakan oleh ketua mereka yang tak belajar dari sejarah Terengganu dan Kelantan- RAKYATLAH SEBENARNYA YANG BERKUASA!!Bukan lagi penguasa 2-3 kerat yang telah di ujung senja serta berpaut pada apa saja untuk terus menjadi petualang umpama orang yang kelemasan.

Kebebalan yang begini akhirnya akan merosakkan keseluruhan institusi Polis yang memang rata-rata umum telah pun mengetahui akan 'barah' yang mengongsi di dalamnya.Peristiwa demi peristiwa salah laku dan keburukan Polis terus dihidangkan kepada umum melalui dada-dada akhbar.Setelah peristiwa gempar KPN ( dibaca Ketua Penyangak Negara)yang memukul Mantan Timbalan Perdana Menteri,DSAI maka tahulah kita bahawa negara kita bukan lagi menjunjung undang-undang seperti yang termaktub dalam perlembagaan.Maka tiada siapa lagi yang selamat jika anda berada dalam 'jagaan' Polis.Ini disahkan sendiri oleh kejadian MATA LEBAM Datok Seri Anwar Ibrahim dua tahun yang lalu(rasa macam semalam). Antara peristiwa ngeri lain ialah pembunuhan kejam seorang penyokong BA dalam lokap Polis Selayang,pembunuhan sadis remaja Cina di lokap IPD Butterworth,pembunuhan pencegah maksiat di Sungai Petani,pembunuhan seorang doktor muda Cina di Kuala Lumpur,pembunuhan pelumba baisikal BMX negara di Seberang Prai,pembunuhan sekumpulan remaja India termasuk perempuan mengandung. Yang terbaru ialah meliwat kanak-kanak lelaki.(Hanya mampu senaraikan sebahagian saja).

Bertitik tolak dari sini,rakyat sebenarnya tertanya-tanya.....untuk siapa sebenarnya institusi Polis ini?Kemesraan pada slogan saja tidak mencukupi bahkan seolah-olah mempermainkan perkataan itu sendiri.Mereka sepatutnya berubah segera sebelum sesuatu yang tak diingini mencemarkan bumi ini.Seolah-olahnya kelihatan seperti Ameno yang membayar gaji dan nafkah hidup mereka.Sedangkan duit cukai rakyatlah sebenarnya yang membaluti batang tubuh mereka dalam rupa segak unifom biru tua.

5 haribulan November mengesahkan lagi akan kebobrokan dan betapa 'haiwannya' sikap dan perlakuan mereka,semata-mata untuk menaikkan pangkat ketua mereka.Ya memang begitulah sifat ketua-ketua jabatan kerajaan di era Mamak Bendahara apatah lagi selepas sistem saraan baru(SSB)diperkenalkan.Bukan bermatlamat untuk kebajikan rakyat,tetapi untuk mudah menaikkan dan menjolok pembodek ke jawatan teratas(walaupun tanpa kebolehan).Juga selepas peristiwa itu kita lihat 'kakak tua' dan segala haiwan lain yang ada dalam kerajaan pun menyerlahkan kehebatan dan kepetahan mereka membela tindakan sadis dan luar perikemanusiaan anggota Polis yang terang-terang melanggar perlembagaan negara.(TIDAK begitu pula sikap mereka dalam membela nasib rakyat dalam Dewan Parlimen! Anihkan!!......?)

Dengan berbekalkan doa selepas sembahyang dzohor di Masjid Shah Alam,reformis yang pelbagai taraf ekonomi dan sosial pun beredar menuju ke kawasan perhimpunan seperti yang telah dipersetujui, dengan perkabaran yang FRU telah mengepung tapak ceramah Jalan Kebun atas alasan perhimpunan HARAM kerana tak ada permit.(Memang cantik tugas polis menghalang segala yang haram! Pelik dan ajaibnya ialah mereka sendiri yang enggan mengeluarkan permit yang telah dipohon berkali-kali mengikut saluran dan tertib undang-undang.Haramnya perhimpunan ini adalah disebabkan oleh tangan kotor Polis sendiri yang melanggar hak asasi rakyat yang dibenarkan menurut perlembagaan negara (perkara 150-1,2,3). Setelah itu tanpa maruah dan dengan niat jahat mereka pun dengan MESRAnya mengancam dan mengugut rakyat dari menyertai perhimpunan rakyat!!)

Deretan kenderaan rakyat yang dihalang Polis akhirnya menyebabkan kesesakan lalu-lintas bermula dari KESAS HIWAY memanjang ke Shah Alam dan juga Cheras!!(banyak suka-duka pengalaman yang telah diceritakan oleh reformis lain dahulu-penulis hanya mahu menumpukan kepada tindakan kurang berakal dan kehaiwanan Polis yang begitu MESRA!!)Tersekatnya laluan di tol itu melibatkan laluan di kedua-dua hala dengan Polis terkepung di tengah-tengah tanpa bantuan!!!Seketika itu,kemudiannya Polis pun menunjukkan segala ilmu kepolisan dengan penuh ciri-ciri KEMESRAAN yang tak terbatas.Serangan awal dihala ke arah padang berhampiran yang dipenuhi pekerja Indonesia yang kepingin menonton drama 'BOBROKNYA POLISI MALAYSIA'.Lebih dari 10 biji bom asap dilancarkan kearah mereka yang diikuti pula oleh FRU yang setia mula membalun dan membaham sesiapa saja yang menghalang laluan mereka...umpama babi hutan yang terus saja menyondol tanpa berkemampuan mengelak hadangan!Mereka pun meyerbu dan menangkap,memukul,menghentak mana-mana orang yang boleh tercapai tangan!!!tak cukup dengan itu,diketuk dan dipecahkan cermin kereta orang awam dengan penuh kesombongan dan takbur....Persis sikap tentera Zionis terhadap rakyat Palestin!!!!! Tidak terkurang bahkan mungkin terlebih pula- kerana kita tidakpun menghujankan mereka dengan batu maupun molotov cocktail seperti intifadah Palestin!!!

SIAPA MENGGANASI SIAPA:

Ya...lah,Allah itu maha Kaya,seketika mereka terlupa bahawa rakyat terus berselindung di dalam kereta sedangkan mereka sendiri yang mengharungi dalam asap beracun tanpa topeng muka..lalunya,boleh disaksikan mereka sendiri yang menderita akibat tindakan ganas mereka menembak gas pemedih mata.Anihnya,kita tak merasa kasihan maupun simpati atas kesengsaraan mereka bahkan jauh di lubuk hati ada semacam suara sorakan kegembiraan laksana kanak-kanak yang mengejek rakannya yang menderita!!! Kita melihat mereka termuntah dan meleleh air hidung dan mata akibat penangan gas mereka sendiri.

Dalam pada itu yang lain membalun dan mengganasi orang awam tanpa belas kasihan.Persoalan yang timbul ialah SIAPA yang ganas sebenarnya???????Yang memukul atau yang dipukul?Yang membalun atau yang dibalun?Yang memburu atau yang diburu??? Tentu tak susah orang yang berakal menilainya!!Alahai......Polis Diktator Mahathir.Usahlah berselindung di sebalik slogan dan cerita-cerita keberjasaan dan pengorbanan Polis zaman darurat dan perisriwa Bukit Kepong!!!!!!Rakyat menilai keadaan SEKARANG ni yang menyaksikan kebejatan dan kebaruaan mereka yang diperkuatkan oleh bukti bergambar di era IT nih!...Susah nak tangkis hujah konkrit ni kan?? Takkan cukup dengan akhbar dan TV3/4 saja!!!.Buat diketawakan orang saja.Itulah.... pepatah sudah ingatkan.......susah nak tegakkan benang basah....haru jadiknya!

Kemudiannya kita dihidangkan cerita-cerita rakyat yang dirompak hak asasinya,kini dianiayai,dikasari,dibalun,dibantai dan diperlakukan sebagai binatang!...Bukannya oleh penjenayah seperti Botak Chin atau Bentong Kali,TETAPI oleh Polis yang tugasnya menjaga hak awam seperti termaktub dalam perlembagaan.Alangkah hinanya kerja dan tugas yang mereka pikul sekarang.Jenayah dan kejahatan yang patut mereka bendung,itu pula yang mereka jalankan dan kerjakan.HARAPKAN PAGAR,PAGAR MAKAN PADI. Mereka menguatkuasakan sewenangnya akta berlima sekawan- OSA,ISA,HASUTAN,MESIN CETAK dan POLIS. Sejarah penyalahgunaan kuasa oleh polis telah bermula sejak dahulu lagi, semuanya mengasari rakyat marhain tanpa mengira kaum demi mengabdikan diri kepada pemerintah dan penguasa. Rupa-rupanya akta draconian berkenaan bukanlah bertujuan membela dan mempertahankan hak rakyat dan negara, tetapi untuk melindungi jenayah mereka cuma!!!

KEJADIAN DI TELUK PANGLIMA GARANG:

Pengalaman menghadiri Perjumpaan raya di Teluk Panglima Garang sekali lagi mengesahkan akan kehodohan polis dan angkuhnya mereka, sedangkan uniform mereka itu sendiri adalah dari duit cukai rakyat. Sekatan jalan yang tak perlu, diadakan dan diarah pula mengikuti jalan jauh serta halangan menuju ke tempat perhimpunan. Lokasi water canon,anggota FRU dan Siput babi yang berkeliaran amat lah menjatuhkan kredibliti polis. Siapakah yang nak merusuh?, antara rakyat yang melenggang membawa kuih-muih atau polis yang bercota di pinggang dan menggenggam rotan dengan penuh kebengisan!(menyampah aku tengok-macam nak termuntah!). Mengapa perlu mereka menghalang ucapan majlis orang,sedangkan itu adalah kebebasan yang diizinkan oleh perlembagaan. Begitulah BAHLOL nya polis Malaysia dalam menghayati PERLEMBAGAAN negara.(Satu sorakan tahniah untuk mereka...horay!).

Seketika pegawai mereka masuk ke dalam perhimpunan untuk menghalang ceramah yang diadakan. Di belakangnya diikuti oleh berpuluh anggota termasuk SB siap dengan lengkap bersenjata! Apa lagi yang indah dalam perkataan untuk menceritakan situasi yang memualkan itu? Dalam pada itu orang ramai terus mundar-mandir dalam kawasan ceramah dengan tenang. Yang mewujudkan suasana ketegangan hanyalah kehadiran anggota polis,SB FRU serta kenderaan mereka. Rakyat marhaen biasa saja tetapi penuh dengan kebencian terhadap kezaliman dan kebobrokan ameno seperti yang dicerminkan oleh perlakuan biadap sekuriti guard mereka- PDrM!!!! Bukankah sikap mereka menyamai ahli kongsi gelap yang sewenangnya menghalang majlis atau urusan orang lain yang tidak berlanggar dengan perlembagaan.

KEJADIAN DI KULIM:

Betapa bodohnya amenoguard sehingga sanggup menghalang seorang wakil rakyat dari memasuki kawasan mahkamah,sedangkan kita mendapat kebenaran dari Majesterit. Dek malu yang terpukul ke muka terus saja mereka berkasar menyuraikan orang awam dan mengugut dengan water canon truck!!! Apakah boleh mereka menakutkan orang awam???? Inilah repons orang awam yang memerhati.....

1. Seorang Melayu pertengahan umur terus menjerit sambil menujukan kata-kata "Aku haramkan seluruh anak cucu aku menjadi polis!".

2. Seorang Cina muda mengomen langkah luar akal budi polis dengan membuat sekatan yang tak masuk akal kununnya untuk mencegah rusuhan. Katanya lagi.."sepatutnya tahun '1999 dulu sudah kasi kalah hooo!!!"

Begitulah juga sikap dan telatah mereka di sekitar perbicaraan kes 'bas pengundi hantu' dalam pilihanraya kecil Lunas tempohari. Gerakkerja tersusun BA dalam menangani isu ini sepatutnya dianugerah pingat atau penghargaan dalam membantu polis mengelakkan penipuan pilihanraya. Di negara Malaysia boleh ini, sebaliknya pula berlaku!! Yang terdakwa terlepas,manakala pelapor pula yang dihambat tanpa mengira waktu dan ketika. kemudiannnya di hari perbicaraan, awal-awal pagi lagi golongan suruhan ini mengambil tempat untuk 'mencegah rusuhan'. Setelah itu mereka, (lebih-lebih lagi yang berpangkat)bukan main lagi tunjuk lagak dan sombong.Arahan pun udah membelakangi hak asasi manusia dan dengan penuh ke'merak'kannya. Pakai 'hoi-hoi' begitu bila menegur orang awam. Biadap dan kebinatangan sungguh perlakuan mereka laksana orang awam ni tak berpendidikan atau bodoh(macam mereka!).

Perlakuan dan gerak kerja mereka sekarang menyebabkan kita mentafsirkan mereka sebagai alat KERAjaan ataupun badan awam yang mematuhi dasar parti ameno bukannya lagi PERLEMBAGAAN NEGARA. Mereka umpama syarikat 'securiti' kepada ameno tetapi manggunakan perbelanjaan dari cukai rakyat. Mereka sebenarnya hanya menjadi 'anjing suruhan' kepada seorang makhluk bergelar Mahadeywata sekufu Mandeliar itu. Mereka mencelahkangkangkan segala slogan dan etika hanya untuk memuaskan nafsu 'pengkhianat' Melayu.Mereka sebenarnya dayus dan pecacai. Akta Polis hanya untuk menekan dan menggugut rakyat. Sedang mereka sendiri tidak memahami apa terkandung di dalamnya walaupun oleh seorang pegawai berpangkat!!!(biarpun berpuluh bintang atas bahu).

Peristiwa terbaru seperti pencerobohan FRU di Sabak Bernam,Kampong Lahar Jitra, perkarangan mahkamah Kulim dan Sungkap Para hanya menyerlahkan lagi dan meyakinkan rakyat akan perlunya perubahan besar-besaran terhadap politik negara.Penyalahgunaan instrumen PDrM (anak saya panggil anjing kurap!),menimbulkan kebencian yang amat dan memecahbelahkan rakyat.(agenda Mahathir?). Demi keuntungan jangka pendek, kini di kawasan terbabit bukan saja tak berupaya menakutkan rakyat,bahkan menjauhkan terus ameno dari kehidupan mereka.Kebencian terbawa-bawa sehinggakan polis dilihat tak lebih sebagai anjing suruhan dan balaci mahathir dan Bedollah!!! Masyarakat mengelak untuk memasyarakatkan polis bahkan tidak lagi melayan mereka seperti sepatutnya......Salah siapa???

Aksi ganas FRU dan SB serta provokasi mereka yang menghangatkan keadaan. Peliknya....... apabila Mahadeywata yang dicemuh dan dikecam,polis pula yang sensitif!!!! Apa kaitannya??? yang tertulis ialah Mahatir enemy of the state,polis pulak rasa geleteknya!!! Keangkuhan yang berpanjangan dari mahkamah sehinggalah ke kawasan IPD Kulim yang melibatkan dari serendah-rendah Rank File sehinggalah OCPD baru...amatlah memualkan.!! Tidak layak seorang ketua jabatan awam yang mendabik dada dengan mengatakan "ini balai saya!" atau "saya penguatkuasa undang-undang". Memalukan dan meloyakan....itulah respons awal saya!!

KES PENANGKAPAN EZAM (KETUA PEMUDA KEADILAN)

Tindakan desperado yang cukup zalim dan dayus ini telah disempurnakan polis hasil perkongsian pintar antara ameno,PDrM dan KERAjaan. Dengan hanya berbekalkan fitnah akhbar (Utusan Memfitnah!)dan laporan Polis oleh si Kitul beserta laporan polis oleh polis sendiri, tak sampai 2 jam....Gelidahan rumah Ezam dilakukan. Syabas.....PDrM!!! Kita nak tanya pula tentang repot yang Ezam buat beserta bukti yang kukoh,Apa tindakan anda?????? Aik..dah berubah jadi ANJING suruhan.....SENYAP DAN SEPI!!!!!!!

PDrM jangan lupa,rakyat memerhati anda...Anda juga adalah sebahagian dari rakyat yang memegang amanah menjaga keselamatan Negara, bukan keselamatan Bapa Perasuah Negara,si Mahadeywata al Kutty itu.!!! Cerdiklah sikit,Mahakhinzir dan negara jauh bezanya... Yang satu kena pertahankan, yang satu lagi jika merosakkan negara harus dihapuskan!!! Inilah tugas hakiki anda.....Bukan menjadi penjilat dan pecacai tak bermaruah.Slogan saja tak cukup..!!!!!! usah bermain dengan kalimah demokrasi dan sebagainya.....Terlalu banyak cerdik pandai di luar dari dunia anda...PDrM!!!!

Guni 4 Tahil yang meminta Hakim mengenakan ikatjamin sehingga RM50000 mengeshakan lagi sifat anjing danbaghal mereka dalam undang-undang.Sebagai seorang yang wibawa,beliau sepatutnya arif dan faham had maksima ikatjamin.Namun sifat jahat dan dendam serta perangai anjing yang dimiliki mewujudkan suasana kelakar itu!!!

PDRM yang sepatutnya.....

Kalau mereka bertindak sepertimana sumpah jawatan, sudah lama Madey dan rakan-rakan (partner in crime) jenayahnya terseret dan didakwa di Mahkamah. Sebaliknya di Bolehland ini,penjenayah tak didakwa tetapi pelapor pula yang disusahkan!!!!!Mungkin ini adalah selaras dengan slogan MESRA Rakyat tajaan Bedollah merangkap Menteri KDN dan bakal Perdana Menteri(pirraaahh!)

Mereka mesti menghormati peruntukan perlembagaan fasal 10 yang memberi hak kebebasan kepada rakyat.Mereka sebagai penjaga keselamatan,mestilah nonpartisan dan berkhidmat untuk semua rakyat tanpa prejudis. Jangan sekali-kali menjadi anjing/hyena suruhan kerajaan zalim. Belajarlah dari sejarah!!! Akta polis yang mereka anggap sebagai kitab agama mestilah diikuti dengan betul, jangan ada tafsiran berbeza dan berat sebelah.

Polis juga jangan menunjukkan kepada rakyat akan sifat keanjingan dan hamba sahya terjajah minda kepada pemerintah sekarang.Tunjukkan profesionalisma anda tanpa mengira parti atau bangsa.Buktikan sesuatu yang boleh membawa rakyat menghormati anda.Selaras denagn slogan......MESRA,CEPAT DAN BETUL!!!!!

Dr Nologareng.


        
Ke atas  Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 18 Mac 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranungdaily.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com