Oleh : irzaimi
Kerajaan melalui Polis DR Mahathir telah menyekat
semua ceramah di Selangor, ini adalah berkenaan dengan
kejadian di Kmapung Medan dan kawasan sekitarnya. Sama
ada kejadian itu dirancang seperti yang digembar
gemburkan atau tidak dari segi politiknya Mahathir
telah untung, beliau yang begitu terdesak untuk
bertemu dengan PAS nampaknya sudah punya alasan yang
kukuh untuk bertemu. Dan dari segi lainnya, sekurang
kurangnya Mahathir boleh memberitahu dunia yang beliau
tidak boleh bersara lagi kerana tidak punya penganti
yang berkelayakan, Dolah Badwi nampaknya telah dilihat
sebagai gagal mengawal keadaan, isu yang sepatutnya
boleh diselesaikan tanpa meragutnyawa telah menjadi
sedemikian parah. Dunia menyaksikan bahawa timbalan
Mahathir yang juga Menteri Dalam Negeri, begitu lemah
dan tidak layak untuk mentakbir negara.
Dan yang paling menguntungkan Mahathir adalah ceramah
umu telah disekat atas alasan keselamatan. Nampaknya
beliau bolehlah menarik nafas lega, kalau sebelum ini
untuk menutup kes kes peyelewengan Tabung Haji dan
KWSP, beliau menuduh kononnya ada usaha terancang yang
diketuai oleh Ezam untuk mengulingkannya melalui
kekerasan dan rusuhan, atas alasan itu Ezam ditangkap,
webmaster dipantau, diugut dan diancam, rakyat
ditakutkan kononnya akan ada kes kes seperti di
Indonesia, dan reformasi hanya akan membakar negara.
NAMUN BUKAN SATU JALAN KE MEKAH
Andai kita disekat dan dihalang untuk berceramah,
mungkin dalam tempoh yang agak lama, Mahathir harus
sedar yang ceramah bukan hanya satu cara kita untuk
menyebarkan maklumat pada rakyat. Ceramah hanya antara
cara kita untuk bersemuka dengan rakyat. Kita masih
punya banyak cara.
1. Beli dan sebarkan vcd vcd ceramah, dan reformasi.
Hadiahkan pada kawan kawan vcd vcd yang lama.
2. Salin dan cetak risalah risalah dari laman laman
web, sebarkan pada rakan dipejabat dan jiran.
3. Anjurkan ceramah kelompak, Wanita keadilan dan
Muslimat PAS harus memaiankan peranan aktif dalam
ceramah kelompok.
4.Banyakkan program luar, seperti gotong royang,
sukan, dan sebagainya.
5. Sebarkan risalah bergerak oleh pimpinan, seperti
yang dilakukan semasa kempen nyah Mahathir, turun dari
kedai ke kedai, pasar malam dan tempat tempat
kumjungan ramai.
Kita punya banyak lagi cara untuk bertempur dengan
mahathir dan para pegampunya, jangan ingat sekatan dan
halangan akan pudarkan semangat kita. Reformasi ini
terus kita junjung dan kita semarakkan. Kita lawan dan
bertahan. Kita pohonkan pada Allah hancurkan kezaliman
dan penindasan. Semoga rakyat sedar dan membuka mata
melihat kezaliman demi kezaliman Mahathir diktator
tua.
Reformasi kearah Mlaysia yang lebih adil
irzaimi@yahoo.com
p/s Selamat 'kembali' ezam! petang keluar, malam
terus ceramah, semoga semangat anda terus kuat dan
cekal.
p/s kepada semua reformis. esok malam rumah kak wan
ada sikit kenduri dan bacaan yassin, lepas tu ada
ceramah kelompak. semua dijemput hadir.