Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


MOKHTAR DUGONG BERJEMAAH BERSAMA ANJING!

Membaca tajuk write up ini anda pasti terfikir yang ianya mungkin merupakan satu perumpamaan sahaja, tetapi pada hakikatnya itulah keadaan yang sebenar-benarnya terjadi di rumah dugong tersebut. Ambil perhatian bahawa cerita ini ialah cerita first hand dari orang yang turut sama berada di tempat kejadian.

Kisah ini terjadi di rumah Mokhtar Dugong pada hari Sabtu (3 Mac 2001) lepas. Majlisnya ialah majlis doa selamat di rumahnya di Kelana Jaya. Imamnya ialah Ustaz Omar Johari, iaitu seorang pendakwah bebas yang kebetulan berjiran back-to-back dengan si dugong ni. Jemaahnya pula terdiri dari kalangan personal friends dan anggota usrah yang turut dijemput oleh si imam. Kumpulan ini membentuk kira-kira lima hingga enam saf sewaktu bersembahyang Maghrib.

So sembahyang Maghrib (dah dekat klimaks!).

Pada rakaat kedua menuju kepada tahiyyat awal, tiba-tiba seekor ANJING BULLDOG masuk ke dalam kawasan di mana mereka sedang bersembahyang. ANJING BETUL! Yang bestnya, anjing ni telah melakukan "tawaf" mengelilingi para jemaah tersebut sekurang-kurangnya dua kali, kalau pun tidak tiga kali (yalah, tengah sembahyang kita cuba kusyuk, mana pulak nak kira betul-betul, ya tak?). Mana-mana makmum yang sedang kusyuk pun boleh terpandang sebab bunyinya yang mendengus-dengus tu. Pada satu ketika, anjing tu berhenti di depan seorang makmum dan melakukan eye contact (merenung) pada beliau. Si makmum pulak tenunglah balik (ye lah, ANJING!). Seterusnya anjing tersebut turut mendekati si imam. By the end of sembahyang, anjing ni dah tak tahu ke mana perginya.

Sang periwayat ini sembahyang di saf kedua. Sewaktu memberi salam kanan dan kiri, matanya meliar juga mencari kalau-kalau anjing itu masih ada. Memanglah dah tak ada, tapi apa yang disedarinya ialah saf ketiga dan seterusnya di belakang beliau dah bertabur bangun (keluar sembahyang).

Ceritanya selepas sembahyang, ada seorang makmum dah was-was terkena air liur anjing itu, lalu balik meninggalkan majlis. Makmum yang satu ni merupakan salah seorang AJK masjid Subang Jaya yang dilantik kerajaan.

Cerita dari makmum yang kena tenung dengan anjing pulak (lebih kurang), "Dia tenung aku, aku tenung dia balik. Bila aku tengok betul-betul memang betul sama dengan muka si dugong." Hal ini menjadi bahan gurauan mereka selepas itu.

Para makmum yang tadinya dah berterabur lari takut dengan anjing tu, bersembahyang semula dengan imam lain sewaktu yang lain berwirid.

Si Mokhtar Dugong pulak, lepas sembahyang tu meminta maaf atas insiden itu. Katanya itu adalah "anjing jiran". Betul atau tidak Wallahua'lam.

Apa yang lebih si pencerita nak tekankan di sini ialah, belum pernah di dengar kisah yang sebegini rupa apatah lagi untuk dialami sendiri. Apakah pengajaran atau simbolik sebenar kepada kejadian ini. Walhal untuk masuk ke bilik mereka bersembahyang tu kenalah melalui beberapa pintu. Bukannya sembahyang kat halaman rumah. Bagaimana seekor anjing boleh berada dalam kawasan sembahyang tersebut? Misteri tak?

Kepada Dugong Mokhtar, does this give you a lesson? Don't you feel so comfortable. Our people are everywhere in your blanket!

Kepada yang lain, buatlah penilaian dan konklusi sendiri. Wassalam.

BARA REFORMASI TERPENDAM

(Note: cerita ini 99.99% tepat dengan cerita asal yang diberitahu secara lisan)


        
Ke atas  Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 11 Mac 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com