From: MD Kamil <******@tm.net.my>
Subject: dakwah...kasar lembut???
Date: Thu, 08 Mar 2001 16:20:38 +0800
en ali...
maaf ganggu...yang sebenarnya, banyak orang confuse dakwah. semua claim dakwah....sampaikan dakyah pun jadi macam dakwah. lagu nasyid pun orang kata dakwah.dakwah sebenar ialah sebagaimana azan, dakwah terunggul. cuba lihat apa sarikata azan. dalam azan kita kata allah besar 4 kali, ucapkan kalimah syahadah. ajak pada solat dan ajak pada kejayaan. sama tak azan tu dengan tulisan-tulisan en ali? sebab itu orang tak marah bila dengar azan, tapi banyak orang marah bila kita "dakwah cara kita".....
............................................................
Assalamualaikum sdr Md kamil,
Tak mengapa, saya tak terganggu dgn emel sdr. Alhamdulillah, emel sdr pendek dan senang dijawab serta tak perlu kpd kajian. maka saya boleh jawab terus.
Saya tak pasti drp mana definisi dakwah yg sdr ambil. Nak kata drp al-Quran atau hadis, tak mungkin. Kalau sdr kata salah satu cara dakwah ialah sebagaimana azan dilaungkan, boleh juga diterima sedikit. Tapi kalau kata "dakwah sebenar ialah sebagaimana azan", amat sukar utk diterima. Apakah maknanya org Islam hanya melaungkan azan saja utk berdakwah? Lain cara tak boleh? Kalau begitu, bagaimana pula dakwah dgn keluar beberapa hari tertentu? (Maaf, saya tak berniat utk condemn cara dakwah sesuatu kumpulan...)
Kalau sdr maksudkan dgn "dakwah sebenar ialah sebagaimana azan" itu ialah kita hendaklah berdakwah mengajak kpd kalimah tauhid, maka ia boleh diterima. tetapi mengajak kpd tauhid tidak semesti secara azan sahaja. Apakah sdr faham, tidak boleh mempelbagaikan cara dlm berdakwah? Adakah sdr sangka Rasulullah s.a.w. hanya berdakwah dgn azan sahaja?
Memang tulisan2 saya tak serupa dan tak sama dgn azan, sebab saya ada cara yg pelbagai dlm berdakwah. Tiba waktunyanya, saya juga laungkan azan. Tapi bukan setiap masa nak azan.
Betulkah tak ada orang marah bila azan dilaungkan. Org yg sakit hatinya akan marah juga. Ada org Islam yg benci mendengar suara azan kerana mengganggu tidur, katanya. Org kafir pula, ada yg tak marah dan ada yg marah. Ada yg marah sehingga tak membenarkan bunyi azan di sesetengah negara.
Kalau ada org marah dgn beberapa tulisan saya, itu normallah tu. mana ada dakwah kpd kebenaran tak ditentang org? kalau dakwah tak dimarah org (sebahagian org), itu bukan dakwah namanya. Itu 'lu`bah' (permainan) namanya. Biasanya org tak marah bila diajak bermain-main. Mana ada nabi yg tak dimarah bila berdakwah kpd Allah s.w.t. Semuanya ditentang hebat kerana dakwah, termasuk Nabi Muhammad s.a.w. Jadi kalau ada yg marah, menentang, melawan dlm kerja2 dakwah ni, biasalah. Memang begitu tabiat dakwah yg tak boleh dipisahkan.
Sekian, wassalam `ala man ittaba`a al-huda.
Ust Ali Muda