Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


Antara arak dan nyamuk

Apabila bapak samseng pahang mencadangkan supaya pemeriksaan tahap alcohol dilakukan ke atas setiap pemandu yang terlibat dalam kemalangan, tergelak sakan saya. Baru sekarang bapak samseng ni sedar bahaya arak. Umur dah nak masuk lubang kubur baru sedar bahaya arak. Alhamdulillah jugalah sebab sedar. Tapi sedar dia ni sedar hipokrit, sedar tahi lembu.

Bila sedar arak bahaya, maka tindakan akan dikenakan ke atas pemandu yang mabuk atau terlebih dari kadar yang dibenarkan. Lagi satu lawak. Seolah-olah, boleh minum, tapi sikit je, jangan sampai mabuk. Boleh jual macam jual surat khabar utusan fitnah dan berita fitnah.

Semua orand sedar bahaya nyamuk aedes. Sehinggakan terbela anak aedes pun boleh kena saman. Sebab nyamuk ini boleh membawa kuman denggi, maka diharamkan ke atasnya, keluarganya dan sanak saudaranya. Maknanya, dikenakan sekatan, diperangi habis-habisan ke akar umbi, ke punca-punca pembiakan nyamuk.

Tetapi kenapa kaedah yang sama tidak boleh dikenakan ke atas arak. Kalau pun tidak diharamkan sepenuhnya kerana menghormati rakan-rakan bukan islam, kenapa tidak boleh dikawal jualannya. Contoh terbaik, Kelantan dan Terengganu.

Macam ni laaa, bapak samseng pahang. Kalau tak reti macam mana nak tangani arak di Pahang, tukar switch ke BA ramai-ramai, dan dengar nasihat ulamak. Tak kiralah ulamak mana pun, asalkan bukan ulamak mahafiraun, asalkan ulamak yang meletakan islam di tempat yang sepatutnya. Lepas tu ikut kaedah Kelantan dan Terengganu untuk menangani arak. InsyaAllah, kadar kemalangan akan menurun, kadar rakyat pahang yang mabuk akan turun, pahang akan lebih sejahtera, aman makmor, amin.


        
Ke atas  Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 16 Mac 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranungdaily.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com