Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


Liputan wartawan WR di perhimpunan raya 100 000 rakyat

11.50 am
Plaza tol Awan Besar mula di penuhi kenderaan. Keadaan agak sesak sedikit.

2.40 pm
Keadaan di tapak perhimpunan agak sesak dengan kehadiran ribuan rakyat pelbagai kaum. Sedikit kekecohan berlaku di antara pemain naga cina dan pegawai polis. Pemain naga cina terpaksa pulang akibat tidak di benarkan membuat persembahan tarian naga.

2.45 pm
Polis dan Fru mula sampai di hadapan tapak perhimpunan. Kaum India memainkan alat muzik mereka untuk mengiringi pemimpin pemimpin BA yang hadir.

2.55 pm
Ketibaan YB Saifudin Nasution iaitu adun Lunas. Pemain pemain muzik India mengiringi YB Saifudin sehingga ke pentas utama. Trak trak Fru yang di letakkan di sepanjang tepi jalan kawasan perhimpunan menyebabkan jalan di situ menjadi sesak. Jalan itu akhirnya di tutup oleh Polis.

3.00 pm
YB Saifudin di beri penghormatan berucap sementara menunggu ketibaan pimpinan pimpinan BA yang lain. Antara ucapannya ialah di Padang Serai, 27 cawangan baru dalam masa 1 1/2 bulan telah di adakan.

3.10 pm
Ketibaan naib presiden PAS pusat iaitu YB Hassan Shukri.

3.15 pm
Malek Husin memberikan sedikit ucapan raya. Trak Fru yang membawa water cannon mula tiba di hadapan tapak perhimpunan.

3.35 pm
Ketibaan Saudara Lim Kit Siang (DAP) di iringi oleh "DAP Action Team Klang Selatan". Turut hadir ketika itu adalah ketua pemuda DAP iaitu YB Teng. Ketibaan pengerusi perhimpunan raya iaitu Saudara Shaari Sungib.

3.50 pm
Ketibaan pimpinan pimpinan tertinggi Parti KeADILan Nasional iaitu Presiden KeADILan Kak Wan Azizah dan anak anak serta YB Azmin Ali.

3.55 pm
Saudara Lim Kit Siang berucap.

4.00 pm
Pengerusi perhimpunan raya 100 000 rakyat menyampaikan perutusan perutusan raya.

4.15 pm
Polis dan Fru mula bersurai meninggalkan tapak perhimpunan.

4.20 pm
Kak Wan Azizah menyampaikan ucapan sempena perhimpunan raya. Beberapa pimpinan lain juga di beri peluang berucap.

4.40 pm
Majlis menjamu selera oleh pimpinan pimpinan BA dan hadirin. Majlis beramah mesra dengan pimpinan BA juga di adakan. Hujan mula turun dan hadirin pulang sedikit deemi sedikit. Ramai juga yang baru sampai ketika itu akibat hujan lebat. Jalan ke tapak perhimpunan sesak teruk.

Wartawan WR menunaikan solat Asar di masjid berhampiran sebelum pulang.

* Gambar gambar suasana perhimpunan raya 100 000 rakyat akan di siarkan dalam masa yang terdekat. Teruskan melayari Laman Web Reformis WR untuk perkembangan lanjut.
Di laporkan oleh,
ze elias & fiqh
Pendukung laman WR


        
Ke atas  Balik Menu Utama    Tarikh Artikal : 23 Januari 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com