Saya dan keluarga, Ibu, Ayah dan adik adik baru pulang dari rumah Kak Wan Azizah di Damansara. Kami bersama sama menghadiri majlis yang di anjurkan oleh tuan rumah iaitu Kak Wan sekeluarga. Sampai di rumahnya, kami dan ramai lagi pendukung reformasi yang lain menunaikan solat Maghrib dan bacaan Yassin serta menunaikan solat Isyak berjemaah di rumahnya. Kira kira 100 orang hadir dalam majlis itu.
Selesai solat Isyak, beberapa orang memberi sedikit ucapan sebelum Kak Wan Azizah menyampaikan sedikit maklumat terkini tentang Saudara Anwar dan isu isu semasa yang sedang hangat sekarang. Antara yang memberi ucapan adalah wakil wakil tuan rumah yang saya kurang pasti apa hubungan nya dengan keluarga Kak Wan. Bapa Kak Wan iaitu Wan Ismail juga memberi sedikit ucapan untuk hadirin yang hadir.
Giliran Kak Wan memberikan ucapannya. Dalam ulasannya, menceritakan bahawa pembohongan media terhadap apa yang sepatutnya di sampaikan olehnya. Beliau mengatakan pada pihak akhbar bahawa ada 2 lagi doktor yang belum mengesahkan laporan perubatan Anwar. Tetapi Berita Harian hari ini mengatakan bahawa Wan Azizah berkata Anwar tidak memerlukan pembedahan sedangkan mengikut kata Kak Wan Anwar mesti melakukan pembedahan. Pembedahah memerlukan rawatan yang terkini walaupun Anwar seorang banduan. Mereka ingin mencepatkan supaya Anwar segera kembali ke penjara. Oleh itu akhbar berkenaan berkata Anwar tidak perlu pembedahan. Pada hal Kak Wan langsung tidak berkata demikian. Beliau ada hak untuk menggunakan teknologi terkini untuk perubatannya.
Beliau juga sempat berseloka. Berita Harian hari ini memaparkan wajah beliau pada muka depan akhbar pembohong itu. Beliau berkata "saya setaraf dengan perdana menteri" kerana gambarnya terpampang di muka depan akhbar itu siap dengan warna sekali. Kononya madey ingin membuat pertemuan enam mata dengan Presiden keADILan dan PAS berhubung perpecahan Melayu. Beliau berkata Melayu tidak berpecah malah bersatu bersama BA. Yang berpecah adalah Umno. Madey sudah tidak ada modal lain dan sudah tertekan dengan orang orang Melayu yang sudah tidak menyebelahinya. Sekarang barulah madey mahu bermuzakarah sedangkan dalam masa yang sama tangkapan demi tangkapan di buat terhadap pemimpin pemimpin tertinggi keADILan. Beliau menambah mengapa tidak di ajak Presiden PRM dan DAP sekali kerana PRM juga adalah Melayu.
Di tengah Kak Wan berucap salah seorang penyokong yang hadir bersuara "bebaskan Anwar dahulu baru boleh berbincang tentang perpaduan Melayu". Kak Wan hanya tersenyum dan di sokong oleh hadirin.
Saya juga sempat mengambil gambar gambar menarik dan akan di pertontonkan kepada kalian tidak lama lagi. Kami akan memasukkan gambar gambar ini di laman Web Reformis. Pelayar laman web bolehlah melihatnya di alamat http://www.webreformis.com/ . Adik saya yang bongsu sempat bergambar dengan Kak Wan. Ternyata Kak Wan memang peramah. Tidak seperti pemimpin pemimpin BN. Suasana di rumah Kak Wan sungguh meriah dengan kehadiran kira kira 100 orang pendukung reformasi bersama keluarga dan persendirian. Ibu saya berkata rumah Kak Wan penuh dengan ayat ayat suci Al Quran dan mengapakah Anwar di tuduh sedemikian rupa. Kasihan Anwar.
ze elias
melaporkan untuk laman WR
4 Januari 2001 11.50pm
www.webreformis.com