Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


Terkini dari HKL Hari Raya bersama DSAI

Assalamualaikum

Kami warga kerja WR baru pulang daripada HKL menyambut hari raya bersama sama DSAI dan pendukung pendukung reformasi yang lain. Bezanya cumalah DSAI berada di tingkat atas dan kami berada di tempat letak kereta.

Ribuan pendukung reformasi hadir untuk bersama sama DSAI menyambut hari raya aidilfitri. Kalangan pemimpin juga ramai yang hadir dan memberi ucapan dan maklumat terkini. Antara yang hadir adalah :

Saudara Ezam
Saudara Lokman Adam
Chandra Muzaffar
Roslan Kassim
Ust Badrul Amin
Saudara Zunar
Nurul Izzah dan adik adik
Dan ramai lagi pendukung pendukung reformasi yang saya tidak sebutkan di sini.

Ribuan pendukung reformasi hanya dapat melihat lambaian tokoh reformasi kita iaitu Dato' Seri Anwar Ibrahim. Bagaimanapun kami di sana cukup terubat rindu kami pada DSAI kerana kami boleh melihat dengan jelas wajah dan lambaian DSAI dari tingkap wadnya di tingkat atas. Masing masing menyanyikan lagu semangat dan laungan takbir serta reformasi.

Kami warga kerja WR sempat berbincang dengan saudara Lokman Adam tentang masa depan perjuangan reformasi di alam cyber ini dan kami banyak mendapat tunjuk ajar dan nasihat daripada beliau. Selapas saya bersalam dan memperkenalkan diri dengan saudara Lokman Adam, beliau mengajak kami kebelakang dan berbincang soal reformasi di alam cyber ini. Selepas kami bertukar pendapat dan saling bertukar hubungan telefon kami pon mendengar taklimat daripada pemimpin yang hadir.

Kami juga sempat mengambil gambar gambar menarik untuk tatapan kalian semua pendukung reformasi. Gambar gambar itu telahpun siap di cuci dan dalam proses scanning. Di harap semua pembaca laman WR ini dapat terus bersama sama kami di http://www.webreformis.com/ kerana kami akan masukkan gambar gambar semasa di HKL tadi paling lewat tengah malam ini. Kami sentiasa menyalurkan maklumat terus kepada anda secepat mungkin.

Sekian dari saya mewakili warga kerja Laman Web Reformis WR.

ze elias
Melaporkan untuk WR.

webmaster@webreformis.com
www.webreformis.com


        
Ke atas  Balik Menu Utama    Tarikh Artikal : 2 Januari 2001

Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink
Laman Web : http://tranungkite.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com