Petikan :
Tranung Kite eGroups
Terlebih dahulu saya ucapkan syabas dan tahniah kepada Ketua Pemuda
KeADILan dan Ketua Pemuda PAS yang telah mengambil keputusan bersama
menolak rancangan UMNO untuk bersama berbincang berkenaan penyatuan
orang-orang Melayu. Sdr Ezam dan YB Hj Mahfuz terlalu cepat menghidu
`najis' yang telah disediakan oleh Mahathir. Sebenarnya tiada lagi
perkara-perkara baik yang dapat Mahathir hidangkan untuk kita semua
setelah beliau berasa tertekan dan cemas melainkan najis dan racun
belaka.
Nasib baiklah kita mempunyai pejuang-pejuang seperti Sdr Ezam dan YB
Hj Mahfuz yang awal-awal lagi terasa akan perancangan Mahathir ini.
Adalah diharapkan pejuang-pejuang kita yang lain di dalam KeADILan,
PAS, PRM dan DAP kesemuanya akan terhidu jua akan apa yang dihidu
oleh Ketua Pemuda ini. Jangan lagi kita tertipu dengan muslihat licik
oleh Mahathir yang seluruh dunia kini mengenalinya sebagai Penipu
Besar Alaf Baru. Biarkan najis yang dihidangkan oleh Mahathir ini
dimakan sendiri oleh pengampu-pengampunya di dalam UMNO/BN kerana
yang layak bermain dan makan najis ini adalah orang-orang UMNO
sendiri.
Saya menyeru kepada pucuk pimpinan KeADIlan dan PAS agar mengkaji
semula persetujuan untuk bersama-sama UMNO bagi membincangkan
penyatuan orang-orang Melayu. Ini adalah kerana telah terbukti orang-
orang Melayu telah bersatu di bawah Barisan Alternatif dan mereka
menolak UMNO/BN. Yang berpecah bukan orang Melayu tetapi UMNO dan
kita tidak seharusnya diseret bersama di dalam kancah perpecahan
UMNO. Adakah kita lupa sewaktu PAS tidak mendapat sokongan rakyat
ketika dahulu, tidak pernah timbul soal penyatuan orang-orang Melayu
malahan Parti PAS dianggap sesat sehingga ada ahli-ahli PAS yang
terbunuh sewaktu peristiwa Memali? Kini, apabila kekuatan kita mulai
mencabar mereka, timbul soal perbincangan dan penyatuan orang-orang
Melayu. Perlu diingat, SEKULAR SELAMA-LAMANYA MEMUSUHI ISLAM.
WFD