Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


Perbincangan Perpaduan Melayu UMNO - PAS.

Jelas dilaporkan di dalam Utusan Online hari ini 13 jan 01, saya dah lebih 4 tahun tak beli Utusan Malaysia, bahwa hasrat UMNO hanyalah untuk berbincang berkenaan Perpaduan Melayu. - " Kita UMNO punya pendirian ialah kita sanggup, buat waktu ini, (berbincang) berkenaan perpaduan Melayu." Semua perkara-perkara lain seperti, " ini tidak bermakna kita menolak ( daripada membincang perpaduan nasional….bla…bla…" tidak meyakinkan waima budak sekolah menegah bahwa UMNO berminat untuk menyelesaikan masaalah negara. Minat mereka hanyalah berkisar di sekeliling menguatkan kedudukan Presiden dan Partinya sahaja.

Apa yang saya ramalkan berlaku, jika PAS masih juga meneruskan untuk berbincang dengan UMNO, perbincangan itu akan dihentikan selesai sahaja isu Perpaduan Melayu dibincangkan. Cuba lihat apa yang tersirat dalam kenyataan Mahathir ini, " Apa yang boleh kita katakan ialah kita akan bincang dengan fikiran terbuka berkenaan dengan perpaduan Melayu sahaja ". Ini menunjukkan perbincangan berkaitan isu-isu lain, jika diadakan, beliau akan bincang dengan pemikiran tertutup, yakni, tak akan berbincang langsung.

Dengan itu saya cadangkan agar PAS tidak lagi membuang masa menghantar Nasaruddin Mat Isa berbincang dengan Khalil Yaacob untuk menentukan format perjumpaan itu. Memanjang-manjangkan isu ini hanyalah satu strategi UMNO/BN mengalih perhatian rakyat daripada mempersoalkan isu sebenar negara, seperti kezaliman, rasuah, kepincangan sistem kehakiman, kroniism dan sebagainya, yang kita laungkan hari demi hari. Kini pemikiran rakyat makin bercelaru dengan laporan/kenyataan yang setiap hari dilapor, dianalisa penulis, oleh media masa arus perdana dan laman-laman web. Lagi lama PAS tidak tegas mengatakan TIDAK kepada UMNO dalam hal ini selagi itulah ketidak-tentuan pemikiran rakyat khasnya ahli dan penyokong BA.

Saya berdoa dan berharap agar PAS " will come to its senses and say NO to UMNO ". Masa yang kita jimatkan itu dapat dimanfaatkan oleh BA dan penyokong untuk menambah-bina kekuatan parti-parti di bawah naungannya.

Sekian, terima kasih.

Watchdog.


        
Ke atas  Balik Menu Utama    Tarikh Artikal : 14 Januari 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com