Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


TEAM B MULA BERTAPAK UNTUK MENYINGKIRKAN MAHATHIR

Oleh : Wartawan Rasmi Laman Reformasi

KUALA LUMPUR - 28 JANUARI 2001 -Dari maklumat yang diterima , Team B mula menjalankan gerakan secara rahsia bagi menyingkirkan Mahathir.Menurut satu sumber yang di percayai, menjelang pemilihan di peringkat bahagian, Team B mula memainkan peranan yang besar. Ianya tidak lain bermula dari Abdullah Ahmad atau Pak Lah sendiri yang sedang melancarkan gerakan propaganda bagi menjatuhkan Mahathir.

Misalnya di Peringkat Permatang Pauh melalui seorang teman yang dihubungi menyatakan bahawa di Permatang Pauh , ada usaha "team B" tajaan Abdullah Ahmad sedang berusaha bagi menentang Ahmad Saad, manakala di percayai juga ianya disertai bersama Datuk Jalil,, sementara calon tajaan Team B ialah antara Datuk Adnan yang kini dilihat sebagai orang pertama yang belot di ketika Anwar di tahan. Datuk Nan adalah bekas orang senior dalam UMNO Permatang Pauh, termasuk dalam kumpulan ini ialah bekas YB Cikgu Yahya dan juga YB Daud Taha. Walaupun ianya tidak lagi menjadi isu di Permatang Pauh, ianya menunjukkan UMNO semakin lemah. UMNO Permatang Pauh kehilanagn sebahagian besar ahlinya yang menyertai Barisan Alternatif.

Di dalam team B ramai pemimpinnya kini turut terlibat dalam isu di media-media massa, seperti Shahrir Samad, Musa Hitam,Rais Yatim, dan juga Ghafar Baba , mereka ini adalah orang yang makin kerap mendapat liputan akhbar- akhbar dibawah naungan Kementerian Dalam Negeri. Sementara orang Mahathir sudah kehilangan sengat yang berbisa dalam media massa. Dengan kehilangan pengaruh setelah menyingkirkan 3 timbalannya sebelum ini, Mahathir dijangka akan mengalami zaman sukar bagi kerier politiknya baik didalam mahupun di luar negara.

Dari kata-kata Abdullah ahmad semasa menghadiri satu jamuan , apabila diusik oleh teman rapatnya, "awak tidak akan menjadi PM (Perdana Menteri), kerana sudah tiga timbalannya disingkirkan" Abdulah dengan yakin berkata , "biar dia cuba". Dia adalah merujuk kepada Mahathir mohammad . Sebagaimana suaminya , si isteri juga mula berucap akan perihal suaminya akan menjadi Perdana Menteri apabila berkata "Apabila suami saya menjadi perdana menteri hujung tahun ini……" Apabila disedarkan dengan perkataan "bila" atau "jika" , beliau menjelaskan "bila".

Akan tetapi Mahathir dilihat betapa beliau berjaya mengimbangi kuasa ini dengan meletakkan Abdullah Ahmad , timbalannya di tempat yang dibenci. Beliau ingin melihat betapa Abdullah lebih banyak berurusan dengan kes Anwar dan bukannya beliau. Setiap langkah yang diambil keatas Anwar sebenarnya menarik perhatian dunia dan beliau terpaksa memberikan penjelasan apabila disoal wartawan.

Inilah yang menyebabkan betapa Abdullah Ahmad dalam dilema kerana dalam masa yang sama menjadi umpan Mahathir Muhammad dalam menjalani urusan berkaitan dengan kes Anwar. Mahathir ingin Abdullah Ahmad, timbalannya , lebih banyak menekan Anwar kerana antara isu besar dan menjadi pokok gerakan menentangnya ialah isu Anwar, seperti yang pernah dijawabnya dalam Asiaweek betapa, "penyinkiran Anwar membawa banyak perubahan politik Malaysia, saya tersilap langkah.……."

Walaupun dipercayai Abdullah mempunyai kekuatan jentera dan pengaruh, kekuatan Mahathir bergantung kepada para hakim yang dikuasainya, beliau dipercayai melantik Mokhtar bagi mendakwa sesiapa yang dianggap cuba menjahanamkannya. Pak Lah harus ingat betapa Mokhtar dan para jutawan kesayangan Mahathir tidak akan berdiam diri. Dari percakapan seorang temannya, beliau berkata "Cuma masa sahaja yang akan menentukan nasib Abdullah Ahmad sebagai Timbalan Perdana Menteri.Oleh itu langkah menghantar Anwar ke penjara adalah langkah bagi memburukkan imejnya lagi, sesuatu harus dilakukan beliau bagi membebaskan diri mengendalikan urusan Anwar".


        
Ke atas  Balik Menu Utama    Tarikh Artikal : 28 Januari 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com