Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


ANWAR IBRAHIM TIDAK PERLU SEBARANG PEMBEDAHAN DI LUAR NEGARA

Oleh : Wartawan Rasmi laman Reformasi

Kuala Lumpur 27 Januari 2001-Timbalan Perdana Menteri Abdullah Ahmad dengan angkuhnya berkata bahawa Anwar tidak perlu membuat sebarang pembedahan di luar negera. Ini merupakan ulasan pertama mengenai keadaan Anwar dari pihak kerajaan berhubung isu pembedahan tulang belakang ke atas Anwar.

Dua hari lepas FAC, Kempen Pembebasan Antarabangsa keatas Anwar telah mengeluarkan kenyataan akbarnya behubung isu pembedahan Anwar melalui Dr Abdul Rahim Ghouse, yang mendesak agar hak-hak kebebasan keatas Anwar sebagai seorang pesakit di berikan.malahan teks kenyataan ini juga dihantar keseluruh negara Eropah dan negera-negara ASEAN yang lain.

Mengulas lanjut berhubung isu ini Abdullah Ahmad menjelaskan bahawa" Kita sedang melihat akan keadaan ini dan tidak akan memberikan kebenaran keatas beliau menerima rawatan di luar. Ini adalah kerana kita boleh melakukannya di sini". Ini adalah bertentangan dengan nasihat pakar perubatan keatas Anwar Ibrahim agar menjalani rawatan secra "microsegery", yang hanya boleh didapati diluar negara beserta dengan kepakaran yang dimiliki.

Pihak penjara dan pihak berkuasa Malaysia sering berdolak dalih mengenai kesihatan Anwar, malahan beberapa doktor pakar kerajaan telah memeriksanya dan mengesahkannya.Kerajaan Malaysia melalui Kementerian Dalam Negeri yang di wakili Abdullah seringkali berdolak dalih mengenai keadaan kesihatan Anwar dan mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan. Kebenaran boleh diberikan tanpa alasan politik dan pihak berkuasa boleh mengiringinya jika difikirkan perlu bagi mengawal Anwar.

Jika inilah yang diterima oleh seorang bekas Timbalan Perdana Menteri, apa alasan anda sebagai rakyat Malaysia memilih kerajaan yang kejam dan zalim ini.Kerajaan pimpinan Mahathir sebenarnya telah ditolak oleh rakyat yang mendesak beliau melepaskan jawatannya dan diadakan pilihanraya semula.


        
Ke atas  Balik Menu Utama    Tarikh Artikal : 28 Januari 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com