Kenyataan Akhbar FAC- 23 Januari 2001
OLEH DR .ABDUL RAHIM GHOUSE
Kempen Antarabangsa ke atas Anwar (FAC) merasa begitu runsing apabila mendapat tahu mengenai perkembangan kesihatan Dato Sri Anwar Ibrahim.
Anwar menjadi lemah dan berada di Hospital Besar Kuala Lumpur (HBKL) semenjak 24 November tahun lepas disebabkan oleh masaalah kronik berkaitan dengan tulang belakangnya.
Sementara itu pihak penjara Malaysia, dibawah Timbalan Perdana Menteri Abdullah Ahmad, telah mengeluarkan arahan agar menafikan sebarang bentuk rawatan keatas Anwar dan beliau telah mengarahkan terus Jabatan Penjara dan Pihak Hospital Besar , menafikan rawatan tersebut dan sesuatu arahan yang seharusnya dipertimbangkan keatas seseorang yang sedang menghadapi kesakitan tulang belakangnya.
Sebenarnya, Kesihatan Anwar bertambah buruk , dan pihak yang berwajib tidak mempunyai sebarang pilihan akan tetapi sekadar meletakanya di Hospital. Ini dilakukan dengan perasaan yang agak berat dari pihak regim pemerintah , itupun setelah didesak dengan kuat oleh pihak keluarga beliau.
Sekumpulan pakar sakit yang berkaitan kemuadiannya membuat pemeriksaan keatas Anwar dan mendapati bahawa Anwar memerlukan pembedahan segera bagi memperbetulkan kesakitan yang dikenali sebagai , "keseliuhan tulang belakangnya".
Anwar bagaimana pun , mengambil keputusan untuk beberapa bulan bagi mengetahui sama ada kesakitan tulang belakangnya sembuh berdasarkan rawatan cara lama seperti urutan dan latihan ringan yang berkaitan. Bila keadaan ini berlanjutan tanpa sebarang perubahan keatas kecederaannya, malahan kesakitannya bertambah serius, pihak peguam Anwar S. N. Nair & Partners telah membuat permohonan menulis surat kepada pihak berkuasa Hospital Besar Kuala Lumpur pada 5 Januari 2001, menjelaskan bahawa pembedahan adalah perlu bagi membetulkan keadaan kesihatan Anwar.
Surat berikutnya dihantar pada 22 Januari mendesak agar pihak berkuasa Hospital Besar Kuala Lumpur melihatkan akan keadaan Anwar tanpa sebarang alasan yang tertangguh, dan pada kali ini juga peguam beliau S.N. Nair&partners telah membuat permohonan lanjutan meminta kebenaran untuk membenarkan seorang pakar tulang terkenal, Dr Hoogland dari Alpha-Klinik, untuk memeriksa dan menjadi penasihat kesihatan Anwar seterusnya.
Pihak pakar yang merawatnya kemudiannya menegaskan bahawa pembedahan "kesakitan tulang belakangnya" atau sebarang pembedahan yang berkaitan dengan kesakitan tulang belakangnya dengan pembedahan Microsegery adalah diperlukan dan disarankan. Ini adalah berikutan ianya merupakan satu cara bagi mengurangkan risiko lumpuh berbanding dengan pembedahan terbuka yang merbahaya.
Setelah menghadapi dan menerima nasihat dan rawatan dari pakar tempatan dan luar negera ,Anwar bersetuju menerima rawatan secara "microsegery" dari doktor yang pakar mengenainya dan ditempat rawatan yang betul-betul sesuai.
Setelah Anwar bersetuju menerima rawatan, pihak berkuasa Malaysia pula mula memainkan isu dimana menjelaskan bahawa hanya pesakit yang terbabit harus mendapat rawatan dan kerajaan tidak mahu terlibat dalam sebarang rawatan yang berkaitan dengannya malah menuduh Anwar berbohong.
Kerajaan harus sedar bahawa Anwar kehilangan kebebasannya sebagaimana yang di istiharkan oleh mahkamah Mahathir dan tidak lebih dari itu. Hak-hak kebebasan dari segi undang-undang tidak terlibat malahan ianya adalah diakui oleh mahkamah keatas rakyat Malaysia dan sebagai seorang pesakit yang harus mendapat rawatan sewajarnya, dimana yang beliau pilih untuk menerimanya, bukan dengan memilih doktor dan kemudiannya dijadikan sebagai isu politik.
Bagaimanapun , sehingga kini, pihak berkuasa hospital tidak pernah memberikan sebarang jawapan yang positif mengenai kebenaran bagi menjalani pembedahan "microsegery". Pihak kami , FAC ingin mengingatkan pihak Hospital Besar dan pihak berkuasa Kesihatan Kerajaan Malaysia bahawa dengan mengambil masa bagi menentukan sama ada membenarkan Anwar menjalani rawatan, dan sekiranya menghadapi sebarang permasalahan, ianya sebenarnya tidak akan mengurangkan dan meringankan kesedihan dan kepayahan yang dihadapinya.
Lebih banyak desakan dan tekanan dari pihak berkuasa penjara supaya membuat laporan bahawa kesihatan Anwar telah pulih untuk menghantar beliau kepenjara Sungai Buloh. Kami FAC berharap ini bukanlah agenda pribadi dendam kesumat Timbalan Perdana Menteri Abdullah Ahmad untuk menghukum Anwar sebagaimana yang beliau katakan "bagi membuktikan keadilan, anwar harus dihantar ke penjara semula".
Dua MRI , ujian x-ray yang dijalani Anwar menunjukkan bahawa ianya bukan sahaja tidak sihat, malahan ianya memerlukan pembedahan bagi memulihkannya, dan cadangan ini sebenarnya dinasihati oleh sebahagian besar doktor pakar.
Pihak FAC mendesak kerajaan Malaysia membenarkan Anwar menerima rawatan atas kehendak beliau dimana yang difikirkan sesuai- sesuai dengan hak seorang pesakit.Tindakan menghantar semula beliau kepenjara menunjukkan bahawa ianya adalah langkah kebinatangan dan ketidak perikemanusiaan dan ini sebenarnya menafikan hak menerima rawatan kesihatan beliau.
Terjemahan Oleh: Wartawan Rasmi Laman Reformasi