Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


HOSPITAL BESAR KUALA LUMPUR MENERIMA TEKANAN MENGHANTAR ANWAR KE PENJARA

OLEH : WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

KUALA LUMPUR- 14 JANUARI 2001- Hospital Besar Kuala Lumpur (HBKL) telah menerima tekanan supaya menghantar Anwar ke penjara Sungai Buloh dengan apa cara sekali pun. Merujuk kepada sumber yang dipercayai dan maklumat dari Kementerian Kesihatan, Pengarah Penjara Malaysia telah menghantar surat kepada Pengarah Hospital Besar mengarahkan agar Anwar dihantar semula ke penjara.

Merujuk kepada kenyataan Mahathir , beliau menegaskan bahawa "Anwar menipu bahawa beliau mengalami kesakitan di tulang belakang" sama seperti yang beliau dakwa keatas Anwar sebelum ini. Malah beliau menegaskan bahawa Anwar memang pandai berbohong apabila mendakwa bahawa penduduk Baling , salah sebuah daerah di negeri Kedah yang mana penduduknya mengalami kebuluran pada tahun 1974 dahulu.

Bagaimana pun Mahathir gagal merujuk dan menerangkan bagaimana laporan Doktor yang dibuat di Hospital Kerajaan dimana Anwar menjalani ujian X-Ray yang mengesahkan akan kesakitan tulang belakangnya.Malah Hospital Besar Selayang telah menjalankan 2 ujian dan mengesahkannya. Malah beberapa Doktor Pakar tulang telah mengesahkan bahawa kecederaan yang dialaminya adalah serius dan memerlukan pembedahan segera. Menurut penganalisa perubatan, kecederaan yang dialaminya boleh membawa kepada lumpuh , jika pembedahan yang dilakukan mengalami kegagalan.

Sementara itu Timbalan Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi memberi amaran keras kepada Anwar bahawa beliau yang sering bercakap mengenai keADILan akan "dihukum" dengan cara yang adil apabila menghantarnya semula ke penjara Sungai Buloh. "Jika Anwar sering bercakap banyak mengenai keADILan, maka kita fikir , kita perlu menghantar semula beliau ke penjara Sungai Buloh", demikian sikap seorang Timbalan Perdana Menteri dan rakan karib beliau suatu ketika dahulu.

Apa yang dipercayai ialah kerisauan kerajaan Mahathir mengenai tarikh perhimpunan Raya 2001 yang akan di adakan pada 20 Januari di Kuala Lumpur. Malah pada 1 Januari lalu para penyokong Anwar telah mengadakan majlis sambutan hari Raya di Hospital Besar Kuala Lumpur dan dihadiri ratusan penyokong beliau.

Sementara itu , Pergerakan Pemuda keADILan telah melancarkan kempen "Nyah Mahathir" sebagai satu agenda besar tahun 2001. Malahan perhimpunan pada 20 januari ini merupakan acara permulaan bagi acara dan agenda yang lebih besar di masa akan datang.


        
Ke atas  Balik Menu Utama    Tarikh Artikal : 15 Januari 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com