Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


TRANSKRIP TEMURAMAH SECARA LANGSUNG ANTARA CNN DAN PENGARAH FAC

Petisyen telah dihantar ke pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu PBB di Kuala Lumpur.

8 Januari 2001
CNN INTERNASIONAL

Setiausaha Agung PBB Kofi Annan bersedia menerima petisyen di atas kempen Pembebasan Anwar. Petisyen tersebut telah dihantar di Pejabat PBB di Kuala Lumpur.

KARUNA SHINSHO, ASIA TONIGHT: Setiausaha Agung PBB telah bersedia untuk menerima petisyen yang di tandatangani oleh 20,000 rakyat Malaysia. Petisyen tersebut antara lainnya meminta Kofi Annan mengetuai misi membebaskan Anwar. Petisyen itu diserahkan di Kuala Lumpur oleh ketua Wanita keADILan(WRLR -2hari lepas)

Para penyokong Anwar berpendapat bahawa pertuduhan dan hukuman yang dikenakan ke atas beliau adalah bermotifkan politik. Kerajaan Malaysia sebaliknya telah menyatakan bahawa keadilan telah tertegak di negara tersebut.Untuk Maklumat lanjut pihak kami CNN telah mengubungi pengarah FAC Kempen Pembebasan Anwar menerusi telefon , Raja Petra Kamaruddin di Kuala Lumpur.

SHINSHO : Sebelum ke PBB adakah ianya mendatangkan kesan? Adakah ini merupakan langkah terakhir anda?

RAJA PETRA KAMARUDDIN : Tidak sama sekali, Kami tidak fikir bahawa ianya adalah jalan terakhir dan ianya adalah usaha yang berterusan dari kami dan ianya sebenarnya bersifat terbuka dan meluas dalam soal ini.

Untuk mempercepatkannya, kami beusaha di Timur Tengah dan berusaha mendapatkan sokongan dari sana, sebagaimana yang anda ketahui semasa persidangan OIC Persidangan Negara-Negara Islam , dan seperti biasa Mahathir cuba untuk bertemu dengan tokoh agama terkenal di sana, dimana ianya menerima tamparan hebat apabila usaha beliau untuk berbincang akhirnya gagal dan pihak di sana tidak mahu berurusan dengan beliau dan memberi amaran bahawa ianya akan terlaksana apabila Anwar dibebaskan dengan segera tanpa sebarang syarat.

SHINSHO: Secara realitinya, terutamanya merujuk kepada kes ini, Apakah yang boleh dilakukan oleh PBB Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, apabila pihak pemerintah Malaysia sendiri menyatakan bahawa keadilan tertegak di negara ini?

RAJA PETRA KAMARUDDIN: Apa yang kami minta, sebenarnya berharap ialah pihak PBB, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengeluarkan kenyataan seperti mana yang telah dilakukan oleh beberapa pihak yang boleh di dapati di website kami FAC. Apa yang kami mahukan ialah tekanan Antarabangsa ke atas Mahathir, jadi ianya bukan sahaja dari beberapa pemimpin kerajaan, NGO's , dan badan-badan kehakiman Antarabangsa, bahkan kami mengharapkan pihak PBB mengeluarkan kenyataan dan arahan agar kes Anwar samada dibicarakan semula secara adil atau digugurkan sahaja kesnya.

SHINSHO: OK , Raja Petra , pengarah FAC. Terima Kasih diatas kelapangan saudara untuk diudara.

TAMAT

Terjemahan Oleh : Wartawan Rasmi Laman Reformasi (WRLR)


        
Ke atas  Balik Menu Utama    Tarikh Artikal : 13 Januari 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com