Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


PENGALAMAN WARTAWAN RASMI DI PERMATANG PAUH

PULUHAN RIBU HADIRI JAMUAN HARI RAYA DI PERMATANG PAUH
Oleh : Wartawan Rasmi Laman Reformasi

Cherok To' Kun 7 Januari 2001- Puluhan ribu manusia membanjiri jamuan hari Raya BA di Permatang Pauh yang diadakan di perkarangan rumah Datuk Sri Anwar Ibrahim. Ianya turut dihadiri 3 wakil BA iaitu Presiden Keadilan Datin Sri Wan Azizah Wan Ismail, YB Abd Rahman Kadir dan YB Hamdan Abdul Rahman. Majlis pada tahun ini di buat di 2 tempat berasingan iaitu Bahagian dan Negeri . Majlis jamuan bahagian di buat diPusat Penerangan Keadilan DUN Penanti pada 30hb lepas yang diwakili YB Abdul Rahman.Manakala majlis induk keADILaN Pulau Pinang diadakan dirumah DSAI semalam. Majlis pertama yang dibuat bertentangan dengan banggunan UMNO Permatang Pauh yang tersergam indah , sebenarnya mencabar BN kerana banggunan tersebut sesuai untuk dijadikan muzium kerana tiada penghuninya. Lebih kurang jam 2.00 petang kelihatan helikopter Polis di Raja Malaysia berlegar di kawasan sekitar 10 minit memerhati dari udara. Ini adalah kerana jamuan tersebut menyebabkan keadaan lalulintas hampir 3 kilometer sesak dengan kenderaan yang diletakkan di tepi jalan sehingga dihadapan rumah Ibrahim Saad. Sementara itu tidak terkecuali ialah tempat letak kereta di banggunan UMNO juga dipenuhi dengan kenderaan penyokong dan masyarakat setempat. Majlis yang dianjurkan oleh BA Permatang Pauh ini menyediakan juadah nasi daging dimana 3 ekor lembu di sembelih yang dihadiahkan oleh para penyokong. Sehingga jam 3 petang masih ramai para penyokong yang datang bagi meraikannya. Datin Seri Wan Azizah dan anak-anak sempat bergambar dengan para penyokong dan masyarakat setempat .Turut hadir dalam majlis ini juga ialah beberapa exco pemuda pusat dan BA negeri. Kemeriahan sambutan tetap sama diketika Datuk Sri Anwar Ibrahim menjadi Timbalan Perdana Menteri , dan Ahli Parlimen Permatang Pauh. Melihatkan akan sambutan dari masyarakat , UMNO makin pupus di kawasan ini, malah majlis ini juga memperlihatkan pengaruh Anwar masih kuat. UMNO dan Mahathir harus sedar akan hakikat bahawa masyarakat berbagai kaum sebenarnya bersedia untuk pilihanraya 2004 yang akan menjelang tiba. Sementara itu majlis yang berlangsung di Cherok To' Kun pula masih meriah dan hampir puluhan ribu manusia menghadirinya .Disebelah malamnya diadakan ceramah umum.

EZAM AKAN MEMBUAT LAPORAN POLIS

Di malam yang sama , sekembalinya dari mengerjakan umrah, Ezam dengan tegas mengingatkan bahawa beliau sengaja memilih Permatang Pauh untuk berceramah kerana ingin memberi peringatan buat semua rakyat Malaysia ;

1. Semua rakyat dijemput untuk menghadiri majlis jamuan hari raya yang akan berlangsung pada 20 Januari ini sebagaimana yang telah diiklankan di akhbar BA dan internet.

2. Perhimpunan kedua pada 27 januari adalah untuk melakukan sembahyang hajat di masjid negara dan kemudiannya beliau dan beberapa teman keADILan akan juga membuat laporan polis keatas Mahathir Mohammad dengan bukti-bukti sahih yang ada pada beliau kini mengenai kes rasuah dan menyalahgunakan amanah sebagai seorang Perdana menteri , yang melibatkan wang rakyat dari KWSP, LUTH, Khazanah Nasional,PNB dan Petronas.

3. Mengingatkan rakyat bahawa jangan sekali-kali terpengaruh dengan propaganda murahan UMNO/ Mahathir Mohammad untuk penyatuan Melayu.Apa yang diminta dari rakyat ialah menyebarkan seluas mungkin maklumat risalah internet/CD ceramah kepada rakyat bawahan agar maklumat tersebut sampai kepada seluruh rakyat. Bagi yang berkemampuan perkara ini sebenarnya boleh dilakukan.

4. Hantar dan edarkan maklumat menyeluruh kepada semua rakyat dimana letaknya rumah, segala harta benda dan dimana anak-beranak Mahathir Mohammad berada agar mudah untuk rakyat menangkap mereka jika apa yang berlaku seperti Suharto. Maklumat ini bolehlah dihantarkan kepada semua website reformasi dan juga akhbr-akhbar Barisan Alternatif.


        
Ke atas  Balik Menu Utama    Tarikh Artikal : 9 Januari 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com