Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


MAHATHIR MENERIMA AMARAN PERTUBUHAN AHLI-AHLI PARLIMEN ANTARABANGSA

Pertubuhan Ahli Parlimen Antarabangsa menghantar resolusi kes Anwar

Pertubuhan Ahli-Ahli Parlimen Antarabangsa yang beribu pejabat di Geneva , Swizerland semalam telah menghantar sebuah resolusi bantahan kepada kerajaan Malaysia mengenai rasa kecewa mereka diatas cara perbicaraan yang dijalankan dan layanan yang diterima Anwar semasa dalam tahanan polis.

Diantara desakan-desakan yang dipetik dari teks asal yang di faks kepada FAC adalah seperti berikut;

Para Ahli Pertubuhan Parlimen Antarabangsa mengingatkan bahawa pemenjaraan ke atas Anwar Ibrahim dan Sukma Dermawan , selama 6 dan 9 tahun menunjukkan bahawa mangsa tertuduh telah dipaksa semasa memberi keterangan polis.

Pertubuhan ini juga mendapati bahawa penahanan ke atas Anwar sebenarnya hanyalah berdasarkan kepada sebuah surat layang dan dengan cara memaksa saksi semasa memberikan keterangan.

Pertubuhan ini juga memandang serius dan terkejut diatas pertuduhan yang dikenakan keatas beliau dan mengesyakki bahawa ianya adalah pertuduhan yang luar biasa dan ianya adalah semata-mata pertuduhan yang direka-reka.

Pertubuhan ini juga memandang serius pandangan Hospital Besar Kuala Lumpur mengenai keadaan Anwar dan mendesak beliau dibebaskan sementara menunggu kes rayuan hukuman yang dikenakan keatas beliau

Pertubuhan ini juga telah mendesak dan meminta Setiausaha Agong Pertubuhan ini agar membawa semua kes Anwar serta memperingatkan badan keselamatan/perundangan diMalaysia.

Pertubuhan ini juga meminta ahli -ahlinya melalui Jawatankuasa Hak-hak Asasi Manusia Pertubuhan Ahli-Ahli Parlimen Antarabangsa dalam pertubuhan ini, agar menghantar laporan perkembangan Anwar Ibrahim dan melaporkannya pada mesyuarat pertubuhan ini pada April 2001 yang akan datang.

Terjemahan Oleh : Wartawan Rasmi Laman Reformasi


        
Ke atas  Balik Menu Utama    Tarikh Artikal : 7 Januari 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com