Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


Ketaqwaan menjanjikan kejayaan dan keuntungan berkekalan

KUALA TERENGGANU: Menteri Besar Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang menasihatkan kakitangan Syarikat Air Terengganu (SATU) supaya meningkat taqwa dan kualiti pengurusan dalam membangunkan kemajuan. SATU, sebagai sebuah agensi Kerajaan Negeri yang mengendalikan urusan bekalan air mengadakan Majlis Idul Fitri di kediaman rasmi Menteri Besar di sini dengan dihadiri oleh Menteri Besar sendiri. Dalam ucapan ringkasnya, Tuan Guru memuji perkhidmatan dan kesetiaan yang diberikan oleh kakitangan SATU.

Tuan Guru telah menekankan betapa pentingkan orang ramai meningkatkan taqwa, kerana taqwa yang tinggi lebih berkualiti dari mereka yang hanya mempunyai pengetahuan akademik dan fizikal badan yang sempurna. Tingkat taqwa yang tinggi telah dijanjikan Allah akan dipermudahkan segala urusannya. Katanya, bangsa yang bertaqwa nescaya dengan mudah menguasai bangsa yang tidak taqwa. Baginya orang Arab yang taqwa pada peringkat awal perkembangan Islam telah berjaya menundukkan bangsa Rom dan Parsi yang termasyhur gagah ketika itu.

Menteri Besar juga kemudiannya menekankan pula betapa pentingnya ditingkat kualiti kerja dan kualiti pengurusan. Pengurusan bukan suatu yang dimiliki secara semula jadi, tetapi ia dicapai dengan bersungguh-sungguh mempelajari selok-belok dan menguasai bidang itu. Beliau juga mengingatkan betapa musuh ketat kejayaan adalah keinginan untuk mendapat keuntungan dalam jangka yang singkat.

"Perkhidmatan yang rendah kualitinya dan murah mungkin boleh memberi keuntungan yang besar, tetapi hanya sekali atau sekejap saja," ujar beliau. Sebaliknya beliau berkata, perkhidmatan yang bermutu mungkin meningkat kos dan mengurangkan keuntungan tetapi penerimaan dalam pasaran berkekalan dan berpanjangan.


        
Ke atas  Balik Menu Utama    Tarikh Artikal : 28 Januari 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com