Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


Kemas guna 676 balai raya ihsan Kerajaan PAS Terengganu

KUALA TERENGGANU: Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Luar Bandar, Haji Abu Bakar Chik memberitahu dewan daripada 171 buah balai raya di seluruh negeri sebanyak 676 buah digunakan oleh Kelas Tadika KEMAS. Katanya, dari jumlah tersebut di Kuala Terengganu sahaja ada sebanyak 139 daripada 210 buah balai raya digunakan oleh KEMAS. Manakala Kemaman (34 daripada 63), Dungun (20 daripada 47), Besut (51 daripada 78), Hulu Terengganu (48 daripada 96), Marang (48 daripada 72) dan Setiu (15 daripada 70).

"Sebanyak 171 buah balai raya tidak dapat digunakan oleh Jawatankuasa Syura Rakyat (JSR) kerana sebahagian besar didirikan di atas tanah persendirian," jelasnya menjawab soalan lisan Adun Jabi, Shaharizukirnain Abdul Kadir, di sidang Dun baru-baru ini. Beliau bertanya, berapakah jumlah balai raya yang diguna pakai oleh pihak Kemas bagi tujuan kelas tadika serta yang tidak dapat digunakan oleh JSR.

Menjawab soalan tambahan Adun Jabi, Haji Abu Bakar berkata, tidak ada syarat khusus atau syarat umum dikenakan oleh kerajaan kepada KEMAS. Katanya, pihak Kemas hanya dibenarkan menggunakan balai raya bagi tujuan pendidikan kelas tadika. Menjawab soalan tambahan Adun Rantau Abang, Haji Azman Shapawi Abdul Rani, Haji Abu Bakar berkata kerajaan membenarkan balai raya digunakan oleh KEMAS bagi tujuan kelas tadika merupakan ‘Ihsan’ Kerajaan Negeri.

Menurutnya, sebahagian besar dari 676 buah balai raya yang dijadikan kelas tadika berada di atas tanah milik persendirian. Katanya, masalah tersebut menyebabkan JSR tidak dapat menjalankan aktiviti mereka di balai raya berkenaan. Tambahnya lagi, kerajaan akan mempastikan dalam pembinaan balai raya akan datang didirikan di atas tanah milik kerajaan.


        
Ke atas  Balik Menu Utama    Tarikh Artikal : 28 Januari 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com