Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


Gesa manfaatkan potensi sumber ekonomi Kenyir

KUALA TERENGGANU: Kerajaan Negeri dicadangkan supaya memanfaatkan semaksimum mungkin sumber ekonomi Kenyir yang dipercayai boleh menampung pendapatan negeri yang hilang setelah wang royalti dirompak. Haji Ismail Mamat, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PAS Teluk Pasu ketika membahaskan ucapan belanjawan Menteri Besar di Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) menyebut bahawa Kenyir kaya dengan khazanah yang menjadi alternatif kepada royalti minyak.

Beliau gembira mendapat tahu bahawa Kenyir tidak termasuk dalam projek KETENGAH dan ini memudahkan rancangan memanfaatkan sumber kekayaan itu. Beliau mengingatkan Kerajaan supaya mengkaji jika ada perjanjian dengan Tenaga Nasional Berhad (TNB) supaya Terengganu dapat membangunkan sumber tenaga sendiri dan dapat membekalkan tenaga dengan lebih murah. Haji Ismail memberi contoh, Kenyir boleh menjadi lebuhraya perairan yang menguntungkan.

Lebuhraya air ini menyuburkan tanah dan tanaman dikiri kanan sepanjang saluran air itu. Selain dari air asli yang bersih boleh menjadi air minuman, airnya jauh lebih menyihatkan dari air yang bercampur dengan banyak kimia yang diminum di negeri Terengganu sekarang, kata ADUN itu. Penyokong kerajaan ini juga menyebut tentang pulau-pulau yang banyak di tasik itu yang boleh digunakan untuk berbagai keperluan termasuk riadhah dan pelancongan.

Sebelumnya Haji Ismail menyokong saranan ucapan belanjawan yang hendak menegakkan pentadbiran Islam bersandarkan al-Quran dan as-Sunnah. Saranan ini boleh mengukuhkan asas perundangan yang telah dilembagakan di zaman Sultan Zainal Abidin ketiga dulu. Menurutnya Almarhum itu telah meletakkan asas yang kukuh bahawa Terengganu mesti ditadbir secara ‘Islamiyyah’ untuk selama-lamanya.


        
Ke atas  Balik Menu Utama    Tarikh Artikal : 25 Januari 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com