Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


Siasat Safari Resort

KUALA TERENGGANU: Ayahanda Saudara Sultan Terengganu, Tengku Sri Paduka Raja mencadangkan supaya ditubuhkan jawatankuasa penyiasat untuk mengkaji penjualan Projek Safari Resort Hulu Dungun. Di samping itu beliau meminta beberapa orang pemimpin kerajaan yang lalu dipanggil dan dijemput untuk memberi keterangan tentang apa terjadi kepada projek berkenaan.

"Jika ada unsur-unsur penyelewengan dan salahguna kuasa yang dikesan dalam pemberian projek ini maka ianya hendaklah dilaporkan kepada pihak Badan Pencegah Rasuah (BPR) dan laporan polis hendaklah dibuat terhadap mereka yang memusnahkan harta rakyat Negeri Terengganu ini," katanya dalam satu kenyataan kepada WARTA di sini baru-baru ini.

Seorang pemimpin kerajaan negeri yang lalu dipercayai bertanggungjawab menandatangani perjanjian dengan dua buah syarikat sendirian berhad pada 2 Disember 1988 berkait dengan Projek Pelancongan berharga RM300 juta yang dicadang diwujudkan di daerah itu. Perkara ini telah timbul di dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu yang bersidang pada 15 Disember tahun lalu.

Katanya, adalah wajar projek tersebut dibatalkan secepat mungkin oleh Kerajaan Barisan Nasional (BN) di waktu itu. Projek ini yang diluluskan lebih dari 12 tahun yang lalu masih lagi dalam tahap "hidup segan mati tak mahu". Hanya 30 peratus sahaja projek itu disiapkan dan ia tidak lagi diteruskan sehingga hari ini. "Apa yang kita tahu tanah projek tersebut di atas tanah seluas 832.7 hektar telah diberi pajakan oleh Kerajaan Barisan Nasional (BN) selama 60 tahun yang akan tamat pada tahun 2049," katanya.

Mengikut perjanjian, Projek Safari Resort itu akan dilengkapi dengan hotel 16 tingkat bertaraf lima bintang, padang golf 36 lubang, lapangan menunggang kuda dan menembak, taman burung, taman kanak-kanak dan taman safari. Projek yang dirancangkan itu juga akan mengandungi pusat kesenian, perkampungan bertemakan tradisi tempatan serta perkampungan India, Taiwan, Jepun dan Timur Tengah serta Lapangan Terbang.

Difahamkan satu kawasan balak hutan dara seluas 997.88 ekar telah dihadiahkan kepada pemaju tanpa tender. Katanya, skendal Safari Resort Hulu Dungun itu amat memalukan. "Justeru itu saya cadangkan satu jawatankuasa penyiasat ditubuhkan untuk mengkaji penjualan projek ini dan pemimpin tertentu perlu dipanggil untuk memberi keterangan," jelasnya.


        
Ke atas  Balik Menu Utama    Tarikh Artikal : 25 Januari 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com