Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


Lombong Emas di Lubuk Mandi dibuka semula

KUALA TERENGGANU: Lombong Emas di Lubuk Mandi di Rusila akan dibuka semula kepada rakyat, kata Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Alam Sekitar, Haji Wan Abdul Muttalib Embong, baru-baru ini di sini. Beliau memberitahu satu perjumpaan dailog hari raya dengan JSR Batu Burok di Seri Iman,bahawa Lubok Mandi di Rusila akan dibuka semula tidak lama lagi.

Haji Wan Muttalib juga menyatakan satu kawasan lombong emas yang akan dibuka kepada rakyat ialah di Dungun. Beliau tidak menyebut di kawasan mana, tetapi penerokaan kedua-dua kawasan itu sesuai dengan janji manifesto pilihan raya PAS. "Ia adalah sumber ganti kehilangan sementara royalti minyak," katanya.

Lubuk Mandi pernah menggemparkan negara apabila emas matang ditemui dan diterokai beramai-ramai oleh rakyat termasuk dari luar Terengganu.

Ramai penduduk tempatan menjadi orang kaya segera. Penduduk sekitar Kuala Terengganu meninggalkan pekerjaan harian masing-masing untuk menyertai kerja mencari emas. Oleh kerana lombong itu tidak terkawal, terjadi tragedi tanah runtuh di situ menyebabkan berlaku kematian. Justeru Kerajaan Negeri menutupnya kepada orang ramai.

Haji Wan Abdul Muttalib berkata, penerokaan itu tidaklah seperti dulu. Kerajaan akan memberi bantuan dan peralatan, tetapi ia akan dibuka untuk rakyat. Beliau tidak menyebut bagaimana penerokaan itu akan dilakukan. Langkah ini sebagai satu usaha Kerajaan untuk menambah pendapatan rakyat dan hasil untuk Negeri Terengganu.


        
Ke atas  Balik Menu Utama    Tarikh Artikal : 25 Januari 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com