Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


‘Saya tidak monopoli kuasa’

Oleh SUHAIMI TAIB

KUALA TERENGGANU: Menteri Besar Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang mengakui beliau tidak sepenuhnya monopoli kuasa dalam mentadbir negeri sebaliknya memimpin Terengganu secara kolektif bersama Ahli Majlis Mesyuarat Negeri yang lain. Katanya, sebarang keputusan dibuat terlebih dahulu dibincang dalam mesyuarat bersama mereka. Tuan Guru Haji Abdul Hadi berkata demikian ketika diwawancara bersama oleh WARTA dan Wakil Akhbar Straits Times Singapore, Joceline Tan di Pejabat Menteri Besar di Wisma Darul Iman, di sini 14 Januari lalu.

Menteri Besar juga mengakui beliau bukan sahaja mengadakan mesyuarat Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri secara rasmi bahkan diadakan juga mesyuarat tidak rasmi. "Kalau ada perkara yang besar, saya buat mesyuarat khas sama ada waktu malam atau waktu yang sesuai. Saya memanggil semua exco, SUK, Pegawai Kewangan Negeri dan Penasihat Undang-undang dan saya tidak membuat keputusan sendiri.

"Inilah yang menyeronokkan kawan-kawan dan inilah cara saya mentadbir (Negeri) secara berpasukan," ujarnya serius. Menyentuh Spekulasi Majalah Asia Week yang menyebut kemungkinan beliau sebagai Perdana Menteri akan datang, Menteri Besar menjelaskan semua itu dalam ilmu Allah dan beliau tidak mengetahuinya. Beliau juga tidak mahu menimbulkan kemarahan Perdana Menteri yang ada sekarang.

"Saya merasakan belum tiba masanya untuk berbuat demikian," jelasnya.

Antara yang disebutnya dalam wawancara itu ialah;

- perpaduan ummah menggantikan perpaduan Melayu;

- royalti petroleum dan tindakan mahkamah;

- penyelwengan wang ihsan;

- penyelewengan bantuan banjir;

- tunai tuntutan kaum tionghua;

- kemasukan pelaburan ke negeri Terengganu;

- sukan dan hiburan;

- Cukai pintu, tol dan tanah haram

......................................................
Warta Darul Iman


        
Ke atas  Balik Menu Utama    Tarikh Artikal : 25 Januari 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com