Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


Masyarakat hargai bantu golongan kurang berada

DUNGUN: Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Ekonomi, Petroleum, Perindustrian dan Sumber Manusia, Haji Mustafa Ali melahirkan rasa gembira kerana usaha yang dijalankan untuk membantu golongan kurang berada dihargai oleh masyarakat. "Kita tumpang rasa gembira kerana usaha kita itu dihargainya," ujarnya yang juga Ahli Parlimen Dungun ketika merasmikan majlis Penyampaian Sumbangan Hari Raya kepada golongan fakir miskin yang diadakan di sini, baru-baru ini.Pada majlis itu, seramai 101 orang daripada empat kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Parlimen Dungun iaitu Sura, Paka, Rantau Abang dan Bukit Besi menerima sumbangan yang berupa keperluan harian dan wang tunai daripada ahli Parlimen, ADUN-ADUN berkenaan dan masyarakat. Haji Mustafa juga turut mengucapkan penghargaan kepada pihak Jawatankuasa Syura Rakyat (JSR) yang telah berusaha untuk menyenaraikan para penerima yang layak pada majlis itu.

Tambahnya, JSR sebagai penghubung antara kerajaan dengan masyarakat telah memainkan peranan yang penting dalam melakukan aktiviti kemasyarakatan kepada rakyat. Beliau, semua Adun termasuk Wan Hassan Mohd Ramli (Sura), Azman Shapawi Abd Rani (Rantau Abang), Roslan Ismail (Bukit Besi) dan isteri masing-masing kecuali Adun Paka menyampaikan sumbangan kepada para penerima pada majlis itu. Sementara itu di DUN Ajil, Ahli Parlimen Hulu Terengganu, Haji Muhyiddin Abdul Rashid turut menyampaikan sumbangan hari raya kepada seorang ibu tunggal di Kampung Sungai Binjai.


        
Ke atas  Balik Menu Utama    Tarikh Artikal : 25 Januari 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com