Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


KUSZA kerjasama dengan Universiti al-Azhar

KUALA TERANGGANU: Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Dakwah dan Pelaksanaan Syariah, Haji Harun Taib memberitahu bahawa Kerajaan Negeri bersetuju supaya Kolej Sultan Zainal Abidin (KUSZA) mengadakan kerjasama dalam bidang pengajian perubatan dengan Universiti al-Azhar, Mesir. Beliau berkata demikian ketika menjawab satu soalan tambahan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PAS Bukit Tunggal, Dr. Alias Razak di Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini baru-baru ini.

ADUN Bukit Tunggal itu dalam soalan asalnya meminta Kerajaan menyatakan tentang program berkembar KUSZA dengan mana-mana universiti luar negeri. Haji Harun berkata, tidak ada program berkembar setakat ini. Bagaimanapun beliau menyatakan KUSZA ada kerjasama dengan universiti-universiti di Mesir, Sudan, Libya, Kuwait dan United Kingdom. Antara bidang kerjasama dengan unviersiti-universiti di United Kingdom ialah sarjana komputer, media, teknologi maklumat dan pengusuran.

Dalam satu soalan tambahan Haji Harun menyatakan bahawa perbelanjaan yang diperlukan oleh seorang pelajar di Terengganu Advanced Technical Institute (TATI) ialah RM25,000 tetapi Kerajaan mengenakan pelajar sebanyak RM6,000 dan memberi subsidi, RM19,000. Menjawab satu soalan tambahan yang menyarankan supaya anak-anak Terengganu ditimbangkan bantuan kewangan jika wang royalti diperolehi semula, Haji Harun berkata, semua boleh dibuat jika cukup duit dan jika wang ‘rompakan’ itu dipulangkan..

Bagaimanapun Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) ada menaja pelajar-pelajar di TATI dari wang zakat untuk 110 orang tetapi yang miskin tidak memohon dan yang memohon ialah yang tidak miskin.


        
Ke atas  Balik Menu Utama    Tarikh Artikal : 25 Januari 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com