Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


Kedai Keluarga YPK di gesa tutup elak persaingan

KUALA TERENGGANU: Pengerusi Jawatankuas Pembangunan Usahawan, Peniaga Kecil dan Hal Ehwal Pengguna, Haji Mohd. Abdul Wahid Endut menggesa menutup kedai-kedai keluarga di bawah kelolaan YPK bagi mengelak persaingan dengan peniaga-peniaga tempatan lain. Ia bertujuan untuk memberi peluang kepada rakyat menceburi dan meningkatkan lagi ekonomi serta bersaing dengan bangsa lain yang telah lama kehadapan.Haji Mohd. Abdul Wahid berkata demikian di sini baru-baru ini.

Sementara itu Penolong Pengarah Pentadbiran dan Kewangan Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPK} Encik Kamaruzzaman Awang berkata, sebanyak enam buah Kedai Keluarga kepunyaan YPK yang beroperasi di beberapa daerah telah dijual kepada seorang peniaga bumiputera. Dasar kerajaan Terengganu sekarang tidak mahu syarikat-syarikat kerajaan bersaing dengan rakyat dalam perniagaan yang rakyat patut turut serta. "Kerajaan hanya wajar memberi tunjuk ajar melalui Yayasan Pembangunan Usahawan sebagai penasihat dan hanya menceburi bidang yang rakyat tidak sedia menyertainya," katanya.

Barangan pengguna yang dijual di Kedai Keluarga YPK murah dan berpatutan berbanding dengan harga pasaran sekarang dan potongan harga juga diberikan bukan sahaja kepada kakitangan yayasan keluarga tetapi kepada orang ramai yang menjadi ahlinya. Encik Kamaruzzaman berkata, sebelumnya YPK mempunyai tujuh kedai keluarga di beberapa daerah yang menjalankan perniagaan termasuk di Wakaf Tembesu, Telaga Daing, Kuala Terengganu, Kuala Besut, Kampong Raja, Cukai, Kemaman dan Kuala Berang. Katanya, Kedai Keluarga di Kampong Raja Besut telah ditutup lebih awal dan dengan itu kedai keluarga yang masih aktif sebanyak enam buah.


        
Ke atas  Balik Menu Utama    Tarikh Artikal : 25 Januari 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com