Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


KUSZA bukan lubuk parti Politik

KUALA TERENGGANU: Kerajaan menafikan bahawa Kolej Sultan Zainal Abidin (KUSZA) Gong Badak di sini dijadikan sebagai lubuk parti politik kerana ia sebuah institusi pendidikan bersifat akademik dan non-partisan sejak tahun 1980-an lagi. Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Dakwah dan Pelaksanaan Syariah, Haji Harun Taib berkata, KUSZA adalah sebuah institusi Pengajian Tinggi Islam Kerajaan Negeri yang cemerlang dan berjasa kepada rakyat.

"Ia tetap menjadi kebanggaan kita dan ia juga sebagai sebuah institusi pendidikan yang bersifat non-partisan sebagaimana institusi pengajian tinggi lain di negara ini," katanya ketika menjawab soalan lisan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) BN Kemasik Dato’ Haji Mohamad @ Abu Bakar Ali di Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini baru-baru ini.

Haji Harun berkata, KUSZA akan terus maju dan cemerlang dalam pendidikan bersepadu dari semua aspek berasaskan perancangan dan langkah halatuju yang telah dan sedang diatur oleh Majlis KUSZA sekarang. Sementara itu seramai enam kakitangan kontrak yang bekerja di Wisma Darul Iman telah diberhentikan atau berhenti masing-masing empat di Pejabat Menteri Besar dan dua di Pejabat Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Alam Sekitar, Haji Wan Abdul Muttalib Embong berkata, mereka berkenaan ialah Pengarang, Pegawai Penyelidik, Setiausaha Akhbar dan Pemandu manakala dua kakitangan di pejabat Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri ialah pemandu.

Sementara itu sempena penutupan Unit Perpaduan Ummah (UPU) melibatkan pemberhentian 16 kakitangan yang dilantik secara ad-hoc termasuk seorang Pengarah, Penolong Pengarah (dua), Pegawai Isu Semasa (seorang), Pembantu Tadbir (sembilan) dan Pemandu (tiga).

UPU ditukar kepada unit baru iaitu Unit Pembangunan Insan (UPI) yang dipimpin oleh Pengarahnya, Haji Ismail Osman. Manakala penutupan Studio 305 melibatkan pemberhentian 13 kakitangan yang dilantik secara ad-hoc termasuk enam Jurukamera, Pembantu Tadbir (tiga), Wartawan (seorang), Pemandu (dua) dan seorang Pembantu Am Rendah.


        
Ke atas  Balik Menu Utama    Tarikh Artikal : 25 Januari 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com