Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


Hasil Empangan Kenyir RM5.84 juta setahun

KUALA TERENGGANU: Kerajaan Negeri memperolehi hasil sebanyak RM5,836, 500 setahun mengikut perjanjian tambahan antaranya dengan Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang berakhir 23 Ogos 2007, berhubung dengan penggunaan Empangan Kenyir, Hulu Terengganu.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Komunikasi Encik Yahaya Ali berkata, sementara cukai tanah tahunan bergantung kepada kawasan yang dilupuskan kepada TNB mengikut peraturan Tanah Terengganu 1966. Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan lisan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PAS Teluk Pasu Haji Ismail Mamat di Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini baru-baru ini.

Haji Ismail ingin tahu sama ada ada atau tidak perjanjian di antara TNB dengan Kerajaan Negeri dalam penggunaan sebahagian kawasan Tasik Kenyir, Paka dan tempat-tempat lain untuk penjanaan kuasa elektrik. Yahaya menjawab, terdapat perjanjian antara TNB dengan Kerajaan Negeri dalam penggunaan Empangan tersebut, sementara di Paka dan tempat-tempat lain, tiada perjanjian dibuat. Katanya, perjanjian antara Kerajaan Negeri dan TNB mengenai Empangan Kenyir telah dibuat pada 24 Ogos 1987 dan telahpun tamat pada 23 Ogos 1997. "Manakala perjanjian tambahan pula telah dibuat pada 24 Ogos 1997 dan berakhir pada 23 Ogos 2007," jelasnya.

...................................................
Catatan Tranung Kite:
Hampir nak sama dengan kutipan tol (hisap darah rakyat) Jambatan Sultan Mahmood. Bagaimana dengan tol-tol lain, yang sekali hisap berpuluh-puluh ringgit ???

Madey bermegah, tapi semua duit negara adalah hasil peras kerigat rakyat jelata sahaja. UMNO hanya pandai merompak wang rakyat.


        
Ke atas  Balik Menu Utama    Tarikh Artikal : 24 Januari 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com