BESUT: Suasana tegang akibat pengaruh arak di Pulau Perhentian di sini telah dapat direda apabila tindakan membendung minum arak dilaksanakan di bawah pentadbiran baru Negeri Terengganu. Tindakan itu dibuat oleh Jawatankuasa Kecil Daerah yang dipengerusikan oleh Pegawai Daerah Besut dengan kerjasama Pejabat Majlis Daerah, Pejabat Agama dan Polis Daerah. Perangai minum arak secara terbuka dan berpesta di Pulau Perhentian telah menimbulkan gejala sosial yang tidak tenteram. Ia melibatkan orang tempatan dan para pelancong termasuk orang Islam.
Ini dinyatakan dalam laporan Encik Hamid Embong, bagi pihak Pejaabat Daerah Besut sempena genap setahun usia kerajaan baru Terengganu. Pejabat Daerah Besut juga berjaya mengesan jumlah orang miskin yang ramai tercicir dalam senarai Progrem Pembangunan Rakyat Termiskin sebelum ini. Mereka sepatutnya disenarai sebagai peserta PPRT. Setelah langkah mengesan dilakukan maka sekitar 800 keluarga telah disenaraikan dalam seranai baru yang layak mendapat faedah dari PPRT tahun 2000.
Apabila Kerajaan Terengganu membuat dasar membolehkan permohonan tanah dipohon semula untuk tapak rumah, maka pejabat daerah dapat mengenal pasti masih ramai penduduk yang tidak memiliki tapak rumah. Pejabat juga mendapati ramai yang menduduki tanah tanpa izin.