Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


Strategi Pembinaan Insan membendung gejala dadah

KUALA TERENGGANU: Pensyarah Jabatan Psikologi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Haji Iran Herman berkata, kajian menyeluruh tentang profil penagihan dadah di negeri Terengganu perlu dibuat bagi mengenal pasti punca serta cara pencegahan yang berkesan. "Usah biarkan fenomena penagihan dadah hanya kepada Agensi Dadah Kebangsaan (ADK) sahaja," katanya ketika membentangkan kertas kerja mengenai Pencegahan dan Pemulihan Dadah Secara Islam, di Yayasan Pembangunan (YPK) di sini, baru-baru ini.

Beliau berkata, seluruh agensi yang berkaitan dengan komuniti dan masyarakat perlu dipertanggungjawabkan menangani masalah dadah. Haji Iran mengariskan empat strategi perlaksanaan pencegahan dadah di kalangan remaja. Ini termasuk memulakannya dari awal bagi melindungi seseorang yang tidak pernah terlibat dalam pengambilan dadah. "Strategi pembinaan insan, pembentukan keluarga, persekitaran positif dan penyelidikan berkesan menangani gejala berkenaan," ujarnya.

Melalui strategi pembinaan insan katanya, program keagamaan yang lebih menyeluruh dan komprehensif boleh dilaksanakan melalui pendekatan tasawwur Islam. Menurutnya, program pembinaan dan pembentukan psikologi remaja muslim juga perlu ditekankan termasuk pembinaan kendiri, sakhsiyyah, ketegasan diri serta bermotivasi. "Kita mahu remaja di negeri Darul Iman ini menyatakan tidak kepada dadah," ujarnya.

Di samping itu mempertingkatkan program keibubapaan yang lebih berkesan dan mudah disertai oleh semua lapisan masyarakat perlu dilaksanakan. Menurutnya, keluarga yang stabil, penuh kemesraan, kasih sayang serta mempunyai nilai kerohanian yang tinggi dapat menyediakan persekitaran baik untuk pembangunan anak-anak. "Penonjolan ‘role model’, sikap serta tingkahlaku positif ibu bapa memudahkan anak-anak dibentuk mengikut acuan yang baik," ujarnya.

Selain itu persekitaran yang bersih dan positif menjadi pemangkin kepada kejayaan pembangunan insan dan keluarga. Menurutnya, matlamat untuk mewujudkan suasana bersih tidak akan terlaksana jika hidup dalam persekitaran yang tidak bersih."Persekitaran bersih meliputi aspek media, masyarakat, teman sebaya serta tempat-tempat yang boleh membiak gejala sosial," jelasnya. Dalam pada itu, penyelidikan dan pengembangan telah diakui menjadi komponen penting untuk mengumpul maklumat secara sistematik dan saintifik.


        
Ke atas  Balik Menu Utama    Tarikh Artikal : 10 Januari 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com