Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


174 penghuni Alor Jambu terima kunci rumah

KUALA TERENGGANU: Kerajaan negeri menerima sejumlah 1,339 permohonan untuk memiliki Rumah Awam Kos Rendah (RAKR) di Alor Jambu, Batu Rakit dan daripada jumlah itu 787 orang layak dipertimbangkan bagi tujuan tersebut.Pengerusi jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Alam Sekitar, Haji Wan Abdul Muttalib Embong berkata, projek RAKR ini telah siap dibina pada tahun 1997 yang mengandungi sebanyak 321 unit rumah teres setingkat. Oleh itu beliau mengucapkan tahniah kepada mereka yang berjaya dan harap bersabar bagi yang kurang bernasib baik.

Haji Wan Abdul Muttalib mnyerahkan kunci kepada pemilik RAKR Alor Jambu baru-baru ini. Katanya, senario hari ini Kerajaan Negeri menghadapi pelbagai halangan serta tekanan daripada Kerajaan Pusat yang akan memberi kesan secara langsung terhadap pembangunan di negeri ini. Sebagai contoh, Projek Rumah Awam Kos Rendah (RAKR) yang sedang berjalan telah dibatalkan sebanyak 13 projek dan pinjaman bernilai RM110 juta untuk tujuan itu tidak diluluskan. Namun begitu, ianya tidak melemahkan semangat Kerajaan Negeri dalam usaha membangunkan serta memajukan sektor hartanah tersebut. Menurutnya, Kerajaan Negeri telah mengenal pasti beberapa alternatif bagi mempergiatkan pembinaan perumahan RAKR terutama kepada golongan berpendapatan rendah. "Beberapa pihak swasta berminat untuk meneruskan projek RAKR yang telah dibatalkan oleh Kerajaan Pusat," jelasnya.

WARTA menemui beberapa orang pemilik rumah berkenaan dan mendapati keseluruhannya melahirkan rasa gembira atas usaha yang dilakukan oleh Kerajaan negeri. Pesara tentera, Encik Asli Jusoh, dari Kampung Gong Badak melahirkan rasa gembira kerana dapat memiliki rumah sendiri setelah sekian lama hidup menumpang di rumah orang. "Saya bersyukur, kerana kami sekeluarga tidak perlu hidup menumpang lagi," ujarnya.

Katanya, setelah mempunyai anak seramai tujuh orang dan usia semakin lanjut baru kini merasai tinggal di rumah sendiri. Menurutnya, Kerajaan Barisan Nasional (BN) yang lalu tidak peka terhadap golongan bekas-bekas perajurit yang banyak berjasa kepada negara. Beliau mendakwa, beberapa kali permohonan rumah RAKR yang dimohonnya gagal tanpa alasan yang munasabah.

Seorang surirumah, Puan Rohaiza Omar, 33, dari Seberang Baruh turut melahirkan rasa syukur serta berterima kasih kepada Kerajaan Negeri. "Sebelum ini kami sekeluarga tidak ada rumah sendiri dan hidup menumpang di rumah mertua sejak lapan tahun lalu," jelasnya. Katanya, beberapa kali permohonan untuk memiliki rumah RAKR kerajaan tidak pernah berjaya. Menurutnya, sikap pilih kasih serta tiada ketelusan dalam pentadbiran kerajaan lalu banyak mengecewakan rakyat.


        
Ke atas  Balik Menu Utama    Tarikh Artikal : 10 Januari 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com