Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


143 kekosongan jawatan 3,313 permohonan

KUALA TERENGGANU: Rupanya pelamar jawatan kerajaan dalam masa setahun ini begitu ramai, sedang jawatan yang kosong tidak sebanyak itu. Jawatan kosong dalam pentadbiran Kerajaan Negeri setahun ini ialah 143. Ia adalah agak besar, tetapi kerana yang memohonnya pula seramai 3,313 orang, maka kekosongan itu kelihatan terlalu kecil. Laporan ringkas Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri (SPN) sempena setahun pentadbiran di bawah Menteri Besar Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang baru-baru ini mengeluarkan perangkaan jawatan kosong dan bilangan pemohon di semua peringkat. Jumlah pemohon itu belum termasuk empat kategori jawatan yang bilangan pemohonnya dalam proses kemasukan data manakala yang kosongnya cuma 16 sahaja.

Permohonan paling ramai ialah untuk jawatan Pekerja Rendah Awam Gred R11. Untuk 69 yang kosong dipohon oleh 2,105 orang. Kedua ialah untuk Pegawai Tadbir Gred N3 dipohon oleh 401 orang untuk 10 jawatan kosong. Demikian juga bagi pegawai perkhidmatan pendidikan bukan siswazah gred DG6, 357 pemohon untuk 13 jawatan. Setiausaha Suruhanjaya, Tengku Farok Hussin bin Tengku Abdul Jalil memberitahu, SPN telah memperjelaskan lagi syarat-syarat iklan yang diperlukan. Ia adalah untuk memberitahu pemohon akan kelayakan yang diperlukan supaya pemohon yang tidak berkelayakan tidak perlu memohon.

Menurut Tengku Farok, bagi memastikan jentera Kerajaan tidak terjejas, SPN telah melantik beberapa jawatan secara kontrek bagi menampung kekurangan tenaga mahir dalam bidang-bidang tertentu. Sebahagian besarnya dalam bidang pendidikan dan dakwah yang dikira perkhidmatan penting yang diberikan oleh Kerajaan kepada rakyat. Antaranya ialah Mufti dan timbalannya, pengarah urusetia penerangan dan lain-lain. Seramai 82 pegawai itu disenaraikan.


        
Ke atas  Balik Menu Utama    Tarikh Artikal : 3 Januari 2001

Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink
Laman Web : http://tranungkite.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com