Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


Tiada telaga minyak baru ditemui

KUALA TERENGGANU: Menteri Besar Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang menjelaskan bahawa tiada telaga minyak yang ditemuai di Dungun dan di Besut. Tetapi yang ada ialah hanya tanda-tanda awal yang minyak mungkin ada. Demikian jawapan beliau kepada soalan bertulis Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemasik, Dato’ Haji Abu Bakar Ali dalam Sidang Belanjawan Negeri Terengganu mulai 11 Disember lalu. Dato Abu Bakar bertanya Menteri Besar bilakah kajian mengenai carigali dijalankan dan berapakah kos kajiannya. Beliau juga bertanyakan syarikat yang menjalankan kajian itu. Ketika menjawabnya Menteri Besar memberi jawapan sebaris iaitu setakat ini tidak ada telaga minyak yang ditemui kecuali tanda-tanda awal yang akan dibuat kajian lanjut. Dalam soalan lain kerajaan menyatakan hanya Pulau Kapas dan Pulau Tenggol belum mendapat bekalan asas.

Ketika menjawab soalan bertulis ADUN Haji Azman Shapawi Abdul Rani dari Rantau Abang, yang ingin tahu tentang jumlah kampung di Terengganu yang belum mendapat kemudahan asas seperti bekalan air, eletrik dan telefon, Menteri Besar menyatakan bahawa keseluruhan tanah daratan Negeri Terengganu mendapat kemudahan asas seperti bekalan elektrik, air dan telefon kecuali bekalan air ke Pulau Kapas dan Pulau Tenggol".

ADUN Air Putih, Haji Ismail Harun pula bertanya jumlah royalti minyak yang diterima oleh kerajaan Terengganu dari Petronas sejak dari mula. Dalam jawapannya, sejak tahun 1978 hingga bulan Mac lalu kerajaan telah menerima sebanyak RM 7,129,413,373. ADUN Ajil Encik Rosol Wahid pula bertanyakan benarkah Kerajaan Negeri sekarang telah menerima wang royalti sebanyak RM 432 juta dan ke mana wang itu dibelanjakan? Dalam jawapannya kerajaan telah memberikan angka yang terperinci jumlah yang diterima bagi tahun 2000 iaitu RM 434,828,765.


        
Ke atas  Balik Menu Utama    Tarikh Artikal : 2 Januari 2001

Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink
Laman Web : http://tranungkite.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com